Kanak-kanak secara semula jadi bersifat ingin tahu dan cepat belajar jika seorang yang lebih dewasa dapat mengajar serta menyemai hati mereka ilmu yang baik dan berguna.

Tidak kira apa pun keadaan atau latar belakang mereka, kanak-kanak semuanya mempunyai potensi untuk menjadi anak yang pintar dan baik budi pekerti jika memperolehi pendidikan yang betul daripada ibu bapa, penjaga dan guru.

Contohnya seperti seorang budak lelaki dalam gambar ini yang mengajar adiknya belajar membaca Muqaddam untuk memahirkannya membaca Al-Quran kelak, ketika dia sedang menjual belon dan pelitup muka di tepi jalan di satu lokasi yang berada di Sulawesi Tenggara, Indonesia.

OFFICIAL MAKASSAR INFO / Instagram

Netizen Andi Rihpan Ramadhana memuat naik gambar menyentuh hati ini di laman Instagram OFFICIAL MAKASSAR INFO.

Seorang netizen yang mengenali adik-beradik ini kemudian berkongsi dengan menulis, “Bagi mereka yang bertanya di mana budak lelaki ini menjual belon dan pelitup muka setiap hari dengan adiknya ini, mereka berada di hadapan pasaraya Top Swalayan di Daerah Kolaka, Sulawesi Tenggara.”

Kesungguhan si adik yang mahu belajar serta sifat sabar dan tabah abangnya untuk mengajar Iqra’ dalam Muqaddam itu ketika sedang mencari nafkah benar-benar menginsafkan diri sesiapa sahaja yang melihat.

OFFICIAL MAKASSAR INFO / Instagram

Terutama ketika kita orang dewasa menyedari hakikat bahawa kanak-kanak ini terus melakukan apa sahaja perkara yang terbaik demi meneruskan kehidupan mereka sungguhpun berdepan situasi yang sangat sukar, yang rasanya lebih sukar daripada kita.

Diharapkan warga Indonesia yang prihatin dapat membantu adik-beradik ini dengan melariskan jualan belon mereka, kerana melihat gambar ini sudah semestinya kita mengetahui keluarga mereka adalah dalam kalangan golongan yang memerlukan.

Teruskan bersyukur dengan apa yang kita ada, dengan menyemaikan hati untuk hidup bersederhana, tidak kira ketika kita dilahirkan dalam golongan berada, sederhana mahupun dalam serba kekurangan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular