Data pilihan raya Pennsylvania menunjukkan lebih 432,000 undi telah dikeluarkan dari Presiden Donald Trump semasa pilihan raya 3 November 2020, menurut para saintis data.

Berdasarkan analisis oleh Data Integrity Group, yang diperoleh secara eksklusif oleh The Epoch Times, undi untuk Trump – daripada Hari Pilihan Raya dan kertas undi melalui pos – telah dialih keluar daripada jumlah keseluruhan dari sekurang-kurangnya di 15 daerah.

Data pilihan raya dengan nombor siri dan masa menunjukkan undian untuk Trump menurun di kebanyakan daerah dalam beberapa detik waktu dan bukannya meningkat seperti yang diharapkan dalam keadaan yang biasa.

Kumpulan itu menyatakan bahawa penghapusan undi pada Hari Pilihan Raya berlaku semasa proses pengiraan undi di sekurang-kurangnya 15 daerah, termasuk Lehigh County, Chester County, Allegheny County, Armstrong County, Westmoreland County, Northampton County, Delaware County, Montgomery County, Lackawanna County, Dauphin County , Pike County, Carbon County, Washington County, Erie County, dan Luzerne County.

Paparan Skrin / The Epoch Times

Sementara itu, penghapusan undi tidak hadir berlaku di Allegheny County, Chester County, dan Lehigh County.

Sekurang-kurangnya 432,116 undi — 213,707 undi hari pilihan raya dan 218,409 undi tidak hadir — telah dihapuskan secara keseluruhan.

“Terdapat pergerakan undi antara semua calon. Namun, kami tidak melihat jenis pengurangan negatif yang sama terhadap mana-mana calon yang lain, yang kami lihat selaras dengan Presiden Trump, dan ia berlaku berulang kali tanpa penjelasan, kata ahli kumpulan itu, Lynda McLaughlin, kepada The Epoch Times.

Pejabat Setiausaha Negeri Pennsylvania tidak menjawab permintaan memberi komen dari The Epoch Times.

Data Integrity Group terdiri daripada sekumpulan saintis data, jurutera, dan pakar pembelajaran mesin yang telah bekerjasama untuk memeriksa sama ada berlaku manipulasi data dalam Pilihan Raya Presiden 2020 atau tidak.

Senarai saintis data dalam kumpulan itu termasuk Justin Mealey dan Dave Lobue.

Justin Mealey adalah veteran Angkatan Laut Amerika Syarikat yang berpengalaman selama sembilan tahun, di mana beliau bekerja sebagai juruteknik perang elektronik, juruteknik kriptologi, dan ahli Bahasa Arab. Beliau bekerja di NSA sebagai pengurus misi untuk Levant / Afrika Utara dan kemudian bekerja sebagai kontraktor CIA di National Counter-Terrorism Center.

Manakala Dave Lobue mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam sains data dan pembelajaran mesin dalam perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, dan industri rundingan penyelidikan. Beliau adalah pakar dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI).

Saintis data dari kumpulan tersebut telah menganalisis data pilihan raya untuk beberapa negeri termasuk di Arizona dan Georgia.

Dalam analisis mereka mengenai data pilihan raya Georgia, kumpulan itu berkata mereka mendapati bahawa lebih daripada 30,000 undi telah dikeluarkan dari kiraan untuk Trump, dan 12,173 undi lagi telah bertukar kepada Biden.

Kumpulan itu tidak menamakan mana-mana pegawai negeri, pegawai daerah, atau pengeluar mesin pengundian yang berkaitan kerana salah laku berkenaan.

Walau bagaimanapun, kumpulan ini menggesa negeri untuk memberi kebenaran supaya audit forensik dapat dilakukan demi menegakkan integriti pilihan raya dan berkata adalah tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan keputusan pilihan raya sebelum dakwaan kesalahan dan anomali diperjelaskan.

“Perkara utama adalah kesilapan yang dilakukan. Data mengesahkan berlaku kesilapan ini dan tidak kira sama ada mesin atau manusia, ia masih merupakan satu kesilapan dan layak untuk mendapat semakan kali kedua dan analisis menyeluruh dengan audit forensik untuk mendapatkan jawapan,” kata kumpulan berkenaan.

Pengundi Pennsylvania memberikan undi untuk Biden dan Kamala Harris sebagai presiden dan naib presiden yang dipilih pada 14 Disember 2020.

Keputusan undi yang disahkan oleh negeri menunjukkan Biden memenangi Keystone State dengan 80,555 undi.

Data Pennsylvania menunjukkan undi Trump menurun mendadak pada beberapa ketika di Allegheny County (kiri) dan Chester County (kanan) , Data Integrity Group berkata (Paparan Skrin)

Edison mengaku berlaku kesilapan dalam pertukaran undi

Selama proses pengiraan undi, keputusan yang biasanya dikenali sebagai keputusan pengiraan akan dihantar ke pejabat setiausaha negeri. Data tersebut kemudiannya juga akan dikongsi dengan media melalui Edison Research.

Kesilapan boleh berlaku dalam beberapa langkah ketika proses laporan keputusan pilihan raya.

Walaupun tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan kesilapan yang dibangkitkan oleh Data Integrity Group, Edison Research mengakui kesilapan laporan keputusan yang telah berlaku secara berasingan.

Dalam klip video CNN yang tersebar meluas ketika siaran secara langsung pada malam pilihan raya, 19,958 undi dilihat telah beralih dari Trump ke Biden dalam masa 30 saat.

Rob Farman, naib presiden eksekutif di Edison, mengaku bahawa ‘pertukaran’ itu berpunca daripada kesalahan laporan ringkas oleh Edison Research.

Farman memberitahu The Associated Press bahawa angka undi negeri dari Armstrong, Pennsylvania, pada mulanya menunjukkan jumlah yang betul iaitu 24,233 undi untuk Trump dan 4,275 untuk Biden, tetapi seorang anggota pasukan telah terkeliru lalu memasukkannya secara ke belakang, menjadikan 4,275 undi untuk Trump dan 24,233 undi untuk Biden. Farman berkata pasukan kawalan kualiti syarikat menemui kesilapan itu dan membetulkannya pada malam itu juga.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular