IPOH – Seorang wanita mengalami kecederaan setelah diserang seekor monyet di Bukit Kledang, Ipoh pada 1 Januari 2021.

Menurut laporan Sin Chew Daily, insiden tersebut dipercayai berlaku di kaki bukit berdekatan kawasan parkir sekitar jam 11 pagi. Ketika itu, mangsa dan rakannya sedang menuju ke kawasan parkir itu dan mendakwa tidak melakukan sebarang provokasi terhadap monyet berkenaan.

Kesan luka yang dialami oleh mangsa setelah diserang seekor monyet di Bukit Kledang, Ipoh (Sin Chew Daily)

Sedang mangsa berjalan menghampiri kawasan kereta itu, mangsa tiba-tiba merasakan kesakitan pada kaki sebelum menyedari monyet berkenaan sedang menggigitnya. Serangan itu turut meninggalkan kesan luka sepanjang dua inci pada betis kiri mangsa.

“Pihak berkuasa segera memberikan rawatan dan membalut luka. Mereka kemudian menghubungi ambulans dan membawa mangsa ke hospital kerana khuatir sekiranya gigitan monyet itu boleh mengakibatkan jangkitan bakteria dan virus”.

Difahamkan monyet-monyet tersebut telah lama menghuni kawasan berkenaan memandangkan terdapat lambakan makanan yang diberikan oleh orang awam. Dalam tempoh dua tahun lepas, terdapat lebih daripada 10 kejadian serangan di antara monyet dan orang awam yang mendaki Bukit Kledang telah dilaporkan.

Gambar sekadar hiasan

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk berhenti memberi makanan kepada monyet-monyet yang berkeliaran di kawasan berkenaan. Hal ini bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kali dan menyebabkan lebih banyak kecederaan berlaku.

“Perbuatan memberi makanan mungkin dilakukan kerana kebaikan hati atau anda ingin menunjukkan contoh kepada anak-anak. Tetapi anda tidak sedar terdapat kesan jangka panjang atas tindakan tersebut. Anda boleh kehilangan nyawa!”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular