Seekor ayam jantan bernama Bahtiyar tular di media sosial ekoran berkokok selama lebih kurang seminit sebelum dilihat rebah kerana tidak cukup nafas.

Ayam tersebut dibela di kawasan Denizli, Turki oleh Okan Gökbudak, seorang pekerja tekstil yang membela ayam sebagai hobinya.

Ekoran video ayam jantannya tular, Okan dilaporkan telah menerima banyak tawaran daripada orang ramai yang mahu mendapatkan ayamnya.

TRT World Now/YouTube

“Terdapat seseorang yang menghubungi saya daripada luar negara dan menawarkan 1,250 Euro (RM6,168) untuknya. Bahkan ada individu yang mahu menukarkan keretanya dengan Bahtiyar”.

 Sungguhpun begitu, Okan enggan menjual ayamnya yang berusia setahun itu dan akan kekal dibelanya di dalam reban.

“Bahtiyar masih kecil ketika saya membelinya dan saya membesarkannya. Saya amat menyayanginya dan tidak pernah terfikir untuk menyerahkannya pada orang lain”.

TRT World Now/YouTube

Oleh kerana Bahtiyar telah menerima kemasyhuran pantas di internet, Okan bimbang ia akan dicuri dan bertindak membawanya masuk ke dalam sangkar dan diletakkan di biliknya.

Tambah Okan, video tersebut dirakamkannya secara tidak sengaja apabila dia sebenarnya mahu merakamkan aktiviti harian Bahtiyar.

Namun tiba-tiba ayam jantannya itu berkokok panjang dan rebah pula selepas itu. Saksikan video Bahtiyar yang lucu di bawah ini :

Ayam jantan Denizli sudah lama dikaitkan dengan kota ini, iaitu sejak zaman Uthmaniyyah dan terkenal dengan warna dan bunyi yang berbeza.

Ia dianggap sebagai spesies yang kuat kerana ketahanan terhadap penyakit, lantas menjadikan ayam jantan ini sebagai simbol kota Denizli.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI VIDEO

Video Popular