Dalam dunia pekerjaan, para pekerja haruslah mengetahui cara untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan penyelia atau orang atasan.
Mungkin hanya segelintir sahaja yang berjaya menghapuskan perasaan kekok antara pekerja dan penyelia manakala sebilangan lagi terpaksa berhadapan dengan tekanan kerana diletakkan di bawah penyelia yang dirasakan terlalu tegas atau berbeza personaliti.
Anda mungkin tidak boleh mengubah personaliti seseorang namun anda boleh mengubah sikap seseorang untuk bekerjasama dengan orang lain. Dr William Marston telah menghasilkan ujian personaliti DISC untuk melihat jenis klasifikasi personaliti seseorang.
Melalui ini, kita boleh memahami penyelia atau majikan kita berada dalam kategori apa dan bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan mereka.
#1 Dominance (Dominasi / Penguasaan)

Ciri-ciri : Berorientasikan matlamat, bercakap dengan laju, mampu bertindak, suka mengganggu perbualan orang lain, sukakan cabaran, berkeyakinan tinggi
Kelemahan : Sukar untuk bertenang dan mendengar, bukan seorang yang penyabar dan sering bertelagah antara satu sama lain
Cara menangani :
- Ketika berkomunikasi, terus sampaikan isi penting dan jelaskan dengan terperinci
- Kurangkan bercakap perkara yang tidak perlu bagi mengelakkan anda dianggap gemar membuang masa
- Tunjukkan keberkesanan dan maklumat yang spesifik kerana majikan mementingkan hasil dan pencapaian
#2 Influence (Pengaruh)

Ciri-ciri : Senang berkawan, kreatif, gemar bercakap, optimistik dan positif
Kelemahan : Terlalu jujur, kurang tumpuan, terlalu bergantung kepada perasaan, mudah terpengaruh
Cara menangani :
- Kenali penyelia atau majikan anda dengan lebih dalam bagi merapatkan hubungan
- Pastikan anda sentiasa ingatkan majikan agar tidak berlaku kesalahan dalam komunikasi memandangkan majikan jenis ini mudah untuk membuat keputusan berdasarkan persepsi
#3 Steadiness (Keteguhan)

Ciri-ciri : Rendah diri, kurang baran, tidak tergesa-gesa, kesetiaan yang tinggi kepada pasukan sendiri
Kelemahan : Terlalu berhati-hati, pasif, enggan berubah, kurang keyakinan diri dan hasrat, gemar mengelakkan diri daripada konflik
Cara menangani :
- Memandangkan penyelia atau majikan jenis ini mengutamakan kesepakatan dalam pasukan, elakkan daripada melakukan sesuatu yang ‘istimewa’ atau ‘di luar bidang kuasa’
- Bagi meyakinkan mereka, pekerja perlu membuat sesuatu keputusan dari perspektif ‘demi kebaikan syarikat’
#4 Conscientious (Teliti)

Ciri-ciri : Memerlukan butiran terperinci, kemampuan berfikir secara logik yang tinggi, kemahiran berfikir secara sistematik, mementingkan kesempurnaan, mengutamakan fakta
Kelemahan : Personaliti yang konservatif, terlalu berhati-hati, kerja bertangguh
Cara menangani :
- Berikan perhatian yang lebih ketika berkomunikasi terutamanya berkenaan nombor, logik perkaitan antara sesuatu perkara dan sebagainya
- Jadi pendengar yang baik sebelum memberikan sebarang respon
- Pastikan anda bersedia lebih awal dan tidak melakukan kerja saat akhir
Maybe you're interested :