Pemimpin China, Xi Jinping telah memerintahkan tentera rejim untuk fokus pada ‘persiapan perang’ pada tahun 2021, yang menandakan ulang tahun ke-100 penubuhan Parti Komunis China (PKC).

Pada perintah pertama tahun ini, Xi mengarahkan pasukan untuk meningkatkan latihan ketenteraan. Sebagai ketua Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC), Xi adalah ketua Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), angkatan tentera PKC.

Menurut media pemerintah China, Xinhua, Xi memerintahkan PLA untuk fokus pada persiapan perang, mengukuhkan transformasi latihan ketenteraan, membangun sistem latihan ketenteraan baru dan meningkatkan tahap latihan pertempuran dan kemampuan untuk menang secara komprehensif.

Perintah itu menyusul ekoran peningkatan konfrontasi ketenteraan PKC di beberapa wilayah tahun lalu, termasuklah di sempadan India-China, Selat Taiwan dan Laut China Selatan.

Xi juga menekankan peranan teknologi dalam latihan ketenteraan dan pertempuran, menggambarkan sains dan teknologi sebagai idea teras dalam keberkesanan pertempuran.

Rejim China telah memulakan rancangan pemodenan tentera yang agresif dalam usaha untuk mencabar dominasi angkatan bersenjata Amerika Syarikat (AS) dan telah meningkatkan perbelanjaan ketenteraan sekitar sepuluh kali ganda dalam 20 tahun kebelakangan.

Pada tahun 2020, anggaran pertahanan Beijing dinyatakan $178 bilion, kira-kira seperempat perbelanjaan pertahanan AS pada tahun itu, walaupun para pakar menganggarkan bahawa jumlah itu jauh lebih tinggi. Menurut laporan Mac 2020, perbelanjaan ketenteraan PKC adalah 87% daripada pertahanan AS.

PKC juga menggunakan strategi gabungan tentera untuk memanfaatkan perkembangan teknologi daripada sektor swasta untuk mendorong pemodenan ketenteraannya.

Klip video Pemimpin China Xi Jinping dilihat di luar sebuah stesen rondaan polis di Beijing pada 2 November 2020. (Greg Baker/AFP | Getty Images)

Pentadbiran AS telah menyekat visa untuk pelajar China peringkat siswazah yang terikat dengan institusi yang menyokong strategi ini dalam usaha untuk mencegah pemindahan teknologi Amerika ke Beijing.

Presiden Donald Trump juga melarang pelaburan AS dalam sebilangan syarikat China yang menyokong ketenteraan mereka, berkuat kuasa akhir bulan ini, selain turut menyekat modal AS daripada membiayai pembangunan ketenteraan PKC.

Xi menyimpulkan bahawa PLA dengan tegas perlu melaksanakan instruksi daripada badan pembuat keputusan tertinggi di dalam CMC dan meneruskan semangat berjuang tanpa rasa takut akan kesusahan atau kematian.

Pada bulan Oktober 2020, Xi memberitahu tentera marin negara itu untuk memusatkan mental dan fizikal mereka agar bersiap sedia untuk berperang.

Kemudian, badan pembuat keputusan tertinggi PKC pula bertemu dan membincangkan berkenaan dengan persiapan perang dengan mengintegrasikan kerja politik ke dalam semua perkara untuk keberkesanan pertempuran.

Li Linyi, seorang pengulas China yang berpangkalan di AS, pada masa itu mengatakan bahawa kenyataan itu lebih banyak retorik.

“Tujuan propaganda perang berprofil tinggi adalah untuk memberi tekanan pada Taiwan dan Amerika Syarikat. Itu sahaja. Pada masa yang sama, PKC harus memenuhi sentimen nasionalisme di peringkat tempatan”, katanya.

Tahun lalu, rejim China menambah tekanan ke atas Taiwan dengan meningkatkan aktiviti ketenteraan di Selat Taiwan. PKC menganggap pulau yang diperintah sendiri sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan tidak pernah menolak menggunakan kekerasan untuk menjadikannya di bawah kawalan PKC.

Sementara itu, Amerika Syarikat telah meningkatkan kerjasama dengan Taiwan. Tahun lalu, pihaknya meluluskan beberapa penjualan sejumlah besar senjata ke Taiwan dan mempererat hubungan diplomatik dengan pulau itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular