Sejak akhir-akhir ini, isu jalan berlubang semakin hangat diperkatakan sejak kes seorang menteri yang ditimpa kemalangan akibat terlanggar lubang ketika sedang berbasikal.

Ekoran daripada kejadian tersebut, ramai rakyat Malaysia mula memuat naik gambar menunjukkan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menyebabkan kemalangan disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik.

Puchong News Group/Facebook

Laporan demi laporan telah dibuat kepada pihak berwajib namun nampaknya tiada sebarang tindakan lanjut seperti membaiki jalan dilakukan.

Warganet turut berkongsi gambar mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan disebabkan oleh jalan raya berlubang sehinggakan ada yang terkorban namun pihak tersebut seolah-olah tidak proaktif dalam menjalankan tugas mereka.

Puchong News Group/Facebook

Justeru, orang ramai mula mengambil inisiatif sendiri dengan membaiki semula jalan raya yang berlubang ini tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan.

Misalnya di Puchong, sekumpulan individu telah memutuskan membaiki sendiri jalan raya memandangkan terdapat satu kes kematian telah dilaporkan akibat keadaan jalan raya di kawasan berkenaan.

Puchong News Group/Facebook

Menerusi video yang dimuat naik ke Facebook Puchong News Group, sehingga kini terdapat lima kes kematian akibat jalan berlubang selain puluhan kes lagi melibatkan pengguna jalan raya yang mengalami kecederaan.

Puchong News Group/Facebook

Peningkatan kes kematian selain tiada tindakan lanjut ini membuatkan warga komuniti Puchong nekad untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib.

Puchong News Group/Facebook

“Apabila rakyat biasa berpeluang untuk melakukan khidmat masyarakat, ia menunjukkan ketidakcekapan kerajaan tempatan dan majlis perbandaran”.

Warga Puchong telah bekerjasama mendapatkan tiga bungkusan mengandungi tar jalan dan mula membaiki kawasan yang berlubang itu. Dalam video tersebut, dapat dilihat salah seorang daripada mereka telah menuang tar ke dalam kawasan berlubang dan memadatkannya dengan cangkul manakala selebihnya memastikan keadaan lalu lintas terkawal.

Penularan video ini meraih lambakan komen yang positif daripada majoriti warganet, memuji sikap kerjasama dan usaha keras individu yang terlibat dalam khidmat masyarakat itu.

Puchong News Group/Facebook

“Saya doakan anda semua dirahmati Tuhan!”

“Terima kasih di atas kebaikan hati anda semua. Hati yang baik pasti akan mendapat balasan yang baik”

“Saya bersyukur kerana ada manusia seperti anda semua di dunia ini”

Maybe you're interested :

Share

Video Popular