Setiap tahun, Malaysia bersedia berhadapan musim tengkujuh terutama di tiga negeri di Pantai Timur Semenanjung seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu yang pasti akan mengalami banjir ekoran hujan lebat berserta fenomena air pasang.

Pastinya persiapan awal telah dilakukan oleh mereka yang sudah terbiasa bagi mengelak sebarang kerosakan dan kemalangan daripada berlaku akibat banjir, jadi semuanya sentiasa berhati-hati.

Tetapi dua pemuda ini seakan tidak sayangkan nyawa sendiri apabila dalam satu kejadian yang dirakam oleh orang ramai, melihat mereka nyaris maut apabila motosikal yang ditunggang hanyut dibawa arus deras dalam kejadian banjir yang berlaku di Pahang.

Paparan Skrin/@_emint_/Twitter

Insiden yang dipercayai berlaku di sebuah jalan raya berdekatan sempadan Jengka 15 dan Jengka 16 di Pahang itu menunjukkan bagaimana dua orang lelaki cuba meredah banjir dengan arus yang deras.

Paparan Skrin/@_emint_/Twitter

Rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, @_emint_ berdurasi 31 saat itu dengan kapsyen, “Antara contoh manusia degil ketika banjir” menunjukkan dua pemuda tetap berdegil untuk cuba meredah jalan raya yang ditenggelami air meskipun arusnya kelihatan sangat deras.

Motosikal yang cuba dipegang erat oleh mereka tiba-tiba terlerai daripada tangan yang tidaklah berapa kuat, yang akhirnya telah ditolak oleh arus yang deras melimpah sehingga ia terus dihanyutkan menuju ke dalam sungai.

Paparan Skrin/@_emint_/Twitter

Agak mendebarkan apabila kelihatan salah seorang daripada dua pemuda itu nyaris terjatuh ketika mengharungi banjir berkenaan.

Paparan Skrin/@_emint_/Twitter

Akibat kedegilan, dan cubaan meredah arus deras yang sia-sia, akhirnya mereka ditimpa masalah dan mengalami kerugian gara-gara motosikal telah dihanyutkan air bah. 

Mungkin mereka nekad berfikir dengan yakin bahawa air bah itu akan berjaya mereka redahi, namun tidak semua orang memiliki tuah yang seperti itu.

Paparan Skrin/@_emint_/Twitter

Rakaman video di Twitter tersebut telah mendapat perhatian hampir 11 ribu retweet dan tanda suka dengan rata-rata netizen turut memberi komen simpati mereka mengenai kejadian yang menimpa dua pemuda tersebut.

Dan ramai juga memberi komen bahawa mereka tidak seharusnya meredah banjir tersebut kerana perbuatan itu boleh mengundang situasi berbahaya sekiranya jika diri mereka sendiri yang dihanyutkan, bersama-sama motosikal.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular