Terdapat banyak alasan mengapa orang suka memelihara haiwan peliharaan. Ada yang memelihara haiwan kerana mereka memang suka akan haiwan, ada pula yang mahu hilangkan kesunyian atau kebosanan.

Telatah dan kelucuan mereka pasti akan buatkan kita tersenyum sendiri. Itulah yang berlaku kepada seorang netizen yang menceritakan perihal kucing ‘oyen’ nya. Menurutnya kucingnya sering menghilang pada waktu malam.

fgnj

Apa yang lebih menghairankan si oyen hanya akan pulang pada keesokannya harinya. Pagi-pagi lagi kucing comel itu akan pulang ke rumah setelah menghilangkan diri semalaman.

fgnj

Suatu hari, sekali lagi si oyen menghilang pada waktu malam. Apabila dia pulang ke rumah pada waktu pagi keesokan harinya dia terus terbaring dalam keadaan letih. Apa yang mengejutkan ada wang kertas 10 Yuan yang terselit di lehernya.

fgnj

Tuannya menganggap bahawa kucingnya ‘bekerja’ pada syif malam. Tidak tahu apa yang dilakukannya tetapi si oyen kelihatan seperti bekerja kerana sering menghilangkan diri pada waktu malam. Keesokan harinya dia pulang dalam keadaan letih dan membawa pulang wang.

Agak-agak apa pekerjaan yang dilakukan kucing comel itu? Menangkap tikus? Menjaga rumah orang? Nampaknya hanya oyen sahaja yang tahu tentang ‘karier’ yang diceburinya.

Kalau begitu lah setiap hari wang ‘gajinya’ pasti dia boleh makan makanan kegemarannya setiap hari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular