Membayar tol kadangkala menyakitkan, tetapi sekurang-kurangnya mereka yang memandu perlu tahu bahawa lebuh raya yang baik sudah semestinya memerlukan bayaran tol yang setimpal.

Namun, tidak semua orang berfikir begitu, tambah-tambah lagi jika ada pemandu merasakan bayaran tol walaupun RM1 adalah perkara leceh yang mengganggu pemanduan dan perjalanan.

Membawa sikap seorang pemandu tidak bertanggungjawab ke Twitter, netizen @paantastik berkongsi bagaimana seorang pemandu Myvi cuba menipu sistem Touch ‘n Go agar dia boleh mengelak daripada membayar tol bernilai RM1.

Paparan Skrin/@paantastik/Twitter

Rakaman dashcam dari kereta adik lelakinya, menunjukkan kereta Myvi berwarna biru ini tiba-tiba menghimpit dekat kereta yang berada di hadapan, dalam cubaannya untuk mengelak daripada membayar tol di salah satu hentian tol di Petaling Jaya.

Paparan Skrin/@paantastik/Twitter

Video yang dimuat naik @paantastik berjaya mendapat perhatian lebih 4 ribu retweet dan 3 ribu tanda suka dengan rata-rata netizen tidak pun kagum atau berbangga dengan tindakan pemandu Myvi yang biadap ini.

Sebaliknya ada yang memberi komen pemandu Myvi ini sanggup mengambil risiko dikenakan denda dan saman mahkamah yang lebih tinggi hanya kerana mahu mengelak bayaran tol berharga RM1!

Paparan Skrin/@paantastik/Twitter

Bukti dari rakaman dashcam itu jelas menunjukkan nombor plat Myvi biru berkenaan kepada pengetahuan umum, namun terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. 

Paparan Skrin/@paantastik/Twitter

Pemandu seperti ini nampaknya mampu membahayakan pemandu berhemah yang lain, dan tindakannya suka menghimpit dekat kereta lain semata kerana mahu mengelak daripada membayar tol adalah satu perbuatan membuli serta tidak bertanggungjawab.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular