Banjir merupakan satu fenomena yang tidak asing lagi di negara kita. Ini kerana, hampir setiap tahun beberapa negeri dan daerah dilanda banjir.

Oleh yang demikian, banyak perkara harus diambil berat khususnya mereka yang menetap di kawasan yang kerap dinaiki banjir.

Selain dokumen-dokumen peribadi dan haiwan peliharaan, harta benda juga sama pentingnya. Lazimnya ramai yang cuba untuk menyelamatkannya, bukan?

Muaz Aziz/Facebook

Sebagai contoh, kereta. Pemilik kenderaan pastinya berasa gusar tatkala kawasan dinaiki air ekoran bimbang ianya rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Maka kali ini kami akan kongsikan tips penting untuk kenderaan anda khasnya ketika musim banjir, yang dikongsikan oleh pasukan Automotif dari GiatMara Bentong, Pahang.

Berikut langkah-langkahnya :

1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkannya daripada kereta agar tidak berlaku litar pintas pada sistem elektronik.

Gambar Hiasan/pxhere

2. Kenal pasti lokasi Electronic Control Unit (ECU) untuk Engine Management Control. Tanggal dan simpankan ia di tempat yang selamat.

Gambar Hiasan/YouTube

3. Tutup paip ekzos supaya tidak dimasuki lumpur.

4. Cuci komponen elektronik dengan air bersih untuk mengelakkan karat selepas banjir surut.

Langkah ini difahamkan mampu mengurangkan kos pembaikian kenderaan sekiranya kereta tenggelam 100%.

Jika penduduk berdekatan mahukan nasihat teknikal, anda juga boleh menghubungi pasukan ini di talian : 011 2921 7229 (Ahmad Nazren) atau 012 848 4212 (En Aizat).

Maybe you're interested :

Share

Video Popular