Hari terakhir tahun lalu, rejim China telah meluluskan vaksin COVID-19 yang dikembangkan oleh firma milik negara, Sinopharm.

Walau bagaimanapun, pakar antarabangsa skeptikal mengenai keberkesanan dan keselamatannya kerana hanya sedikit data klinikal yang dikeluarkan. Seorang pakar tertinggi China juga telah menyatakan keraguan mengenainya.

Pada 31 Disember 2020, Dewan Negara China mengumumkan pada sidang media bahawa vaksin Sinopharm yang tidak aktif telah diberikan ‘persetujuan bersyarat’ oleh Pentadbiran Dadah China.

Menurut laporan media tempatan, vaksin mempunyai kadar keberkesanan 79.34%. Sebagai perbandingan, vaksin Pfizer COVID-19 mempunyai kadar keberkesanan 95%, manakala Moderna 94.1%.

Kurang Sokongan Data

Sinopharm tidak memberikan perincian data percubaan klinikalnya atau mendedahkan ukuran sampel ujiannya.

Dalam temu bual dengan The Epoch Times, bekas penyelidik virologi Institut Penyelidikan Tentera AS, Dr. Sean Lin mengatakan bahawa tanpa data yang jitu, sukar untuk memastikan kadar keberkesanan vaksin Sinopharm.

Awal tahun 2020, Sinopharm mengatakan vaksinnya telah memasuki ujian klinikal. Lin mengatakan tidak mungkin syarikat itu akan menyelesaikan ujian fasa III yang dilakukan pada sekumpulan besar orang dalam tempoh yang begitu pantas.

“Data ini perlu dikumpulkan setelah menjalankan eksperimen berskala besar melibatkan puluhan ribu orang. Kerana pegawai tidak menerbitkan data, saya mempunyai beberapa persoalan”, kata Lin.

Presiden Sinopharm Wu Yonglin pada sidang media 31 Disember mendedahkan bahawa ujian fasa III dilakukan di negara asing.

Lin dalam pada itu, menyatakan kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin terhadap penduduk China, memandangkan percubaan itu dilakukan ke atas penduduk di negara asing.

Seorang jururawat menunjukkan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh syarikat China Sinovac Biotech di Hospital Sao Lucas di Porto Alegre, Brazil, pada 8 Ogos 2020. (Silvio Avila /AFP | Getty Images)

“Kerana perbezaan bangsa dan etnik, sistem kekebalan tubuh mereka mungkin agak berbeza dengan orang Cina”, katanya.

Dalam wawancara pada 30 Disember dengan CCTV media yang dikendalikan oleh kerajaan, Zhong Nanshan, pakar pernafasan menasihati pemerintah mengenai langkah pencegahan COVID-19 dan menyatakan keraguannya mengenai keberkesanan vaksin China.

“Adalah salah untuk menaruh harapan pada vaksin. Selepas vaksinasi, tiada yang tahu sama ada tubuh mereka akan bina antibodi atau tidak. Atau adakah mempunyai simptom bergejala atau tidak setelah disuntik”.

“Atau mengenai sama ada (seseorang yang disuntik dengan vaksin) dapat menyebarkan penyakit ini kepada orang lain, tidak ada yang tahu”.

Vaksinasi Massa Sebelum Kelulusan

Bahkan sebelum rejim mengeluarkan persetujuan rasmi, pihak berkuasa China telah memberi mandat bahawa berjuta-juta orang akan disuntik dengan vaksin buatan China.

Zeng Yixin, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, memberitahu media China pada 31 Disember bahawa vaksin ini telah diberikan kepada lebih 1.5 juta orang bermula Jun hingga akhir November lalu.

Ini termasuklah sekitar 60,000 pekerja China yang telah dihantar bekerja di kawasan berisiko tinggi. Yixin mendakwa bahawa tidak ada laporan mengenai jangkitan serius.

Menurut laporan media, ratusan pekerja China yang bekerja di luar negara seperti di Serbia, Angola dan Uganda disahkan dijangkiti COVID-19 setelah disuntik dengan vaksin buatan China.

Lin mengatakan bahawa ketika tidak ada data berkaitan tahap perkembangan awal. Adalah sesuatu tidak bertanggungjawab bagi pihak berkuasa untuk menyuntik berjuta-juta orang dengan vaksin.

Kebimbangan Akan Keberkesanan dan Keselamatan

Sebelum ini, The Epoch Times memperoleh melalui sumber dari China hasil tinjauan dalaman yang dilakukan di Hospital Perubatan Tradisional Cina Daerah Yangpu Shanghai, di mana 93.4% kakitangan perubatan di sana enggan disuntik dengan vaksin COVID-19.

Beberapa penyelidik juga menunjukkan fakta bahawa virus PKC dapat bermutasi daripada masa ke masa. Xu Nanping, Timbalan Menteri Kementerian Sains dan Teknologi China, menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media 31 Disember mengenai keberkesanan vaksin dalam melindungi terhadap strain virus yang bermutasi.

“Mutasi virus adalah perkara biasa dan berlaku setiap hari.Tidak ada bukti bahawa mutasi yang kita pantau ini akan memberi kesan yang besar terhadap keberkesanan vaksin”.

“Sama ada vaksin ini mempunyai pengaruh terhadap virus bermutasi ini atau tidak, ia harus ditentukan dengan eksperimen yang sesuai, bukannya bergantung pada kata-kata kosong untuk mengatakan bahawa ianya tiada masalah”, ulas Lin.

China juga mempunyai sejarah skandal kesihatan yang berkaitan dengan vaksin yang gagal sebelum ini.

Pada tahun 2018, syarikat farmaseutikal China, Changsheng Bio-technology didapati telah menghantar lebih 250,000 dos vaksin DTaP yang salah (vaksin gabungan untuk difteria, pertusis dan tetanus) yang memberi kesan kepada lebih 200,000 kanak-kanak.

Dan pada tahun 2019, sebuah hospital China didapati telah memberi vaksin kepada orang terhadap virus papillomavirus manusia (HPV) tanpa mendapatkan lesen yang sewajarnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular