Gara-gara mengubah nombor pendaftaran motosikal menjadi ‘BUAYA’, dua orang remaja telah ditahan polis pada 3 Januari lalu.

Mereka berdua dilaporkan telah ditahan dalam satu Ops Motosikal yang dijalankan di Temerloh, Pahang.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

“Remaja berkenaan mengubah nombot pendaftaran menjadi ‘BUAYA’ dengan menampal pelekat pada nombor pendaftaran asal”, kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman.

Kes itu menurut beliau akan disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (E) dan Seksyen 108 (3) (F) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Operasi berkenaan difahamkan telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh bermula jam 10 pagi hingga 6 petang hari tersebut.

Tambah beliau, BSPT Temerloh akan mengambil tindakan tegas kepada penunggang atau pemandu kenderaan yang mengubah suai nombor pendaftaran dengan niat untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular