Isu pembuangan bayi bukan lagi sesuatu yang baru, malah masalah tersebut masih berlaku di banyak negara. Bagi menangani masalah tersebut, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak namun hal tersebut masih sahaja berlaku.

Baru-baru satu lagi kes pembuangan bayi dilaporkan oleh CDN Digital, tetapi kali ini bayi kecil tersebut masih bernasib baik kerana sempat diselamatkan.

Bayi yang baru lahir itu dikatakan dijumpai dalam keadaan masih bertali pusat dan plasenta serta berbalut dengan tuala berhampiran dengan tempat pembuangan sampah di Barangay Magcagong, Filipina.

Bayi tersebut kemudian ditemui oleh orang awam, Junrell Fuentes Revilla, 36, setelah seekor anjing ‘memanggilnya’ ke tempat bayi itu ditinggalkan. Si kecil itu kemudian segera dibawa ke hospital.

Revilla memberitahu pihak berkuasa bahawa dia sedang menunggang motosikalnya pada malam Krismas, 24 Disember lalu di sebuah kawasan dan ketika dia menemui seekor anjing.

Anjing itu dikatakan tidak berhenti menyalak kepadanya, jadi dia memutuskan untuk mengikuti anjing itu ke sebuah tempat dan di situlah dia menjumpai seorang bayi lelaki yang ditinggalkan.

Reddit

Sehingga 27 Disember, pihak penyiasat mengatakan bahawa mereka masih berusaha untuk menentukan identiti ibu bayi dan individu lain yang mungkin meninggalkannya di sana. Polis juga telah meminta maklumat daripada penduduk sekitar untuk membantu dalam kes tersebut.

Pada mulanya ada yang menganggap anjing tersebut adalah anjing jalanan seperti yang dilaporkan oleh CDN Digital namun laman Facebook CDN Digital kemudian memberitahu bahawa anjing bernama Blacky itu adalah milik individu bernama Kuya Lyndon Olingay yang berasal dari Barangay Magcagong di bandar Sibonga.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular