WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa bukti mengenai dakwaan penipuan pilihan raya akan didedahkan pada 6 Januari ini semasa Sidang Bersama Kongres.

“Banyak bukti akan didedahkan pada 6 hari bulan. Kami menang, BESAR!” tulis Trump di laman Twitter miliknya.

Tambahan lagi, Senator Josh Hawley  dan kira-kira 40 anggota parlimen House GOP telah mengumumkan bahawa mereka akan mencabar undian secara sistem ‘Electoral College’ semasa Sidang Bersama Kongres 6 Januari ini atas dakwaan penipuan dan penyelewengan semasa pemilihan 3 November lalu.

Cabaran ini boleh menyebabkan perbahasan selama beberapa jam selasa sesi berlangsung.

Presiden Donald Trump berjalan ke Pejabat Oval semasa tiba di Rumah Putih di Washington pada 31 Disember 2020. (Tasos Katopodis/Getty Images)

Tantangan ini disokong oleh Trump, di mana, beberapa minggu terakhir, telah bertemu dengan anggota parlimen House, termasuk ketua penaja, Wakil Rakyat Mo Brooks, di Rumah Putih.

Penasihat Trump, Jason Miller, memberitahu Newsmax pada awal minggu bahawa pasukan itu akan mengemukakan lebih banyak bukti.

“Kami akan mempunyai peluang di hadapan rakyat Amerika, minggu depan untuk mengemukakan semua bukti  terhadap penipuan ini,” kata Miller, sambil menunjukkan tuntutan yang diajukan oleh Wakil Rakyat Louie Gohmert terhadap Naib Presiden Mike Pence awal minggu ini untuk menghalangnya bagi mengesahkan kemenangan pilihan raya Joe Biden.

Peguam Pence bersama dengan Jabatan Kehakiman kemudian mengatakan bahawa Pence bukan orang yang harus berhadapan dengan tuntutan mahkamah, dengan alasan bahawa Gohmert yang seharusnya menyaman Kongres.

Sekiranya Hawley dan penggubal undang-undang lain mencabar sistem undi ‘Electoral College’, pasukan kempen Trump akan membuat pembentangan mereka dan mereka memerlukan seorang senator dan wakil untuk melaksanakannya.

Miller menunjukkan perubahan undang-undang mengenai undi pos di Wisconsin dan negeri-negeri lain, “bagasi undi pos” di Georgia dikeluarkan pada larut malam pada 3 November di Pusat Pertanian Negeri Atlanta, dan pegawai di Michigan dan Arizona didakwa menghalang mereka untuk memeriksa sistem pengundian. Pegawai pilihan raya negeri di negeri-negeri tersebut telah menolak dakwaan pasukan Trump dan pihak ketiga mengenai penipuan dan penyelewengan undian.

“Ini adalah bukti khas yang ingin kami beritahu kepada rakyat Amerika di pentas nasional dan tidak membenarkan ahli politik tempatan menyembunyikan apa-apa kesalahan,” kata Miller pada program itu.

Miller dan Trump walau bagaimanapun tidak memberitahu bagaimana mereka akan menyampaikan maklumat itu kepada Kongres, atau adakah mereka akan dapat melakukannya.

Trump juga mencadangkan agar penyokongnya menghadiri perhimpunan dan acara pada 6 Januari, termasuk di Washington D.C. pada pukul 11 ​​pagi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular