Seorang pemuda berusia 28 tahun berjaya menyelamatkan isterinya dengan memecahkan tingkap kereta sebelum mangsa dihanyutkan banjir di Kluang, Johor.

Menurut laporan, mangsa, Md Rajihan Junaidi segera mengeluarkan isterinya daripada kereta namun tidak sempat untuk keluar daripada kereta.

Facebook
Mangsa yang masih di dalam kereta jenis Proton Waja itu kemudian dilihat hanyut dibawa arus air banjir yang kuat. Kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 8 malam, 2 Januari lalu.

Sinar Harian

Isterinya, Khairunnisa Ibrahim kemudiannya diselamatkan oleh orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Berhubung insiden suaminya dihanyutkan, Khairunnisa selepas itu difahamkan telah membuat laporan di balai polis Kahang.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Low Hang Seng berkata pasangan itu sedang cuba untuk meredah banjir di Jalan Kluang-Kahang semasa hari kejadian.

Berita Harian

“Tiba di pertengahan jalan, kereta dinaiki air tiba-tiba dibawa arus deras menyebabkan mangsa bertindak memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan isterinya”.

Tambah beliau lagi, usaha untuk mencari dan menyelamat telah dibuat sejak malam hari kejadian namun gagal menemui mangsa.

Menurut Ketua Balai dan Penyelamat Kluang, Akob Sedek, sembilan anggota telah dikerahkan ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenainya.

Berita Harian

Namun mereka gagal menemui mangsa ekoran keadaan air yang terlalu dalam. Operasi itu kemudian disambung pada keesokan harinya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular