Sebuah keluarga yang terdiri daripada 12 adik-beradik memecahkan rekod dunia, ‘Guinness World Records’ untuk jumlah tertinggi gabungan usia keseluruhan, dengan yang tertua berusia 97 tahun dan paling muda atau bongsu berusia 75 tahun.

Keluarga D’Cruz mempunyai usia gabungan tertinggi dengan jumlah 1,042 tahun dan 315 hari, dan catatan rekod dunia mereka disahkan pada 15 Disember 2020, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Guinness.

Twitter

Nama dan tarikh lahir mereka adalah seperti berikut: Doreen (3 September 1923), Patrick (30 September 1925), Genevieve (4 Julai 1927), Joyce (2 Mac 1929), Ronnie (24 Ogos 1930), Beryl (26 Ogos 1932), Joe (1 Jun 1934), Francesca (17 September 1936), Althea (27 Julai 1938), Teresa (9 Jun 1940), Rosemarie (30 Mac 1943), dan Eugenia ( 24 Oktober 1945).

Adik-beradik yang kesemuanya masih sihat itu dilahirkan oleh ibu bapa yang sama di Pakistan, dan mereka kini tinggal di seluruh dunia, termasuk Kanada, London, Switzerland dan Amerika Syarikat.

“Walaupun mereka tidak tinggal di tempat yang sama, keluarga D’Cruz berkata mereka adalah keluarga yang sangat rapat, dan menganggap kejayaan menerima gelaran pemegang Rekod Dunia Guinness sebagai salah satu sorotan terhebat dalam kehidupan mereka,” menurut Guinness World Records.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular