Sebuah restoran di Georgetown didapati dihiasi dengan lukisan dan wajah pemimpin komunis pada dinding premis berkenaan.

Sehubungan dengan itu, pihak polis Pulau Pinang difahamkan akan menyiasat restoran yang dimiliki oleh seorang lelaki lelaki berusia 40 tahun itu.

@My_CrimeWatch/Twitter

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Rahimi Ra’ais, polis akan membuka kertas siasatan.

Selain itu, tindakan sewajarnya akan turut diambil terhadap pemilik restoran berhubung perkara berkenaan.

@My_CrimeWatch/Twitter

Siasatan pihak polis sebelum ini mendapati terdapat dua buah premis restoran yang memaparkan imej sedemikian iaitu di Pulau Tikus dan Auto City di Juru.

Pihak polis walau bagaimanapun masih belum mengambil keterangan pemilik premis kerana difahamkan lelaki itu sedang menjalani kuarantin COVID-19 selama 14 hari.

@My_CrimeWatch/Twitter

Tambah Rahimi, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Imej pemimpin komunis, Mao Tze-tung pada dinding restoran terbabit sebelum ini tular di media sosial serta mengundang kecaman netizen.

Buat masa ini, hiasan pada dinding itu telah pun ditanggalkan oleh pihak polis.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular