Tahun 2020 merupakan tahun yang meninggalkan banyak memori suka duka kepada seluruh penduduk dunia. Penularan virus Parti Komunis China atau COVID-19 telah mengakibatkan kejatuhan ekonomi dunia dan mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah.

Ketika musim pandemik ini melanda negara, kerajaan telah melaksanakan inisiatif bekerja dari rumah atau work from home bagi mengurangkan kepadatan pekerja di sesebuah organisasi. Hal ini secara tidak langsung telah membuatkan kebanyakan individu mula melibatkan diri secara aktif dalam penggunaan internet terutamanya pembelian secara atas talian.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan hasil pembelian di sebuah platform e-perdagangan oleh bapanya sendiri. Dikatakan si bapa telah membeli barangan yang sangat aneh dan pelik iaitu stoking dengan corak menyerupai kaki kucing.

“Seseorang tolong buang aplikasi Shopee di telefon ayah saya sekarang”.

Lebih melucukan lagi, corak pada stoking tersebut kelihatan sama dengan corak pada bulu kucing peliharaan keluarga mereka! Penularan gambar stoking aneh itu membuatkan majoriti warganet turut keliru sama ada untuk mentertawakan cita rasa si bapa atau mengaguminya kerana menemui sesuatu yang begitu unik di platform e-dagang tersebut.

Bukan sahaja warganet, kucing peliharaan mereka sendiri kelihatan memberikan ekspresi yang cukup lawak seolah-olah terkedu melihat kaki tuannya yang kelihatan seperti kakinya sendiri.

Ciapan ini telah menular dengan hebat dan berjaya menarik perhatian pihak Shopee Malaysia dan Singapura sendiri yang mengakui terkejut setelah mengetahui stoking yang unik itu ada dijual di platform mereka.

“Terima kasih kerana membenarkan admin tahu kewujudan stoking yang unik ini” – Shopee Malaysia.

“Lelaki dengan cita rasa yang sempurna” – Shopee Singapore.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular