PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba semalam ada mengumumkan bahawa satu juta rakyat Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech fasa pertama di bawah Program Imunisasi Nasional (NIP).

Beliau juga berkata bahawa kumpulan pertama yang akan diberikan suntikan vaksin adalah petugas barisan hadapan dan diikuti oleh golongan rentan, orang mudah mendapat penyakit dan pesakit kronik seperti buah pinggang, sakit jantung, paru-paru dan diabetes.

Twitter

Selain itu, kerajaan akan memastikan bekalan vaksin yang berkesan, selamat dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat di negara ini.

Adham Baba juga menyebut bahawa vaksin fasa kedua akan diberikan kepada 6.2 juta rakyat Malaysia lagi secara berperingkat kelak.

Selain itu, Adham Baba menekankan bahawa Malaysia belum bersedia untuk membuka sempadannya kepada pelancong antarabangsa kerana wabak ini sedang memuncak pada masa ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular