CHINA – Doktor perubatan yang telah membongkarkan kewujudan virus Parti Komunis China atau virus PKC (COVID-19) kini menjadi buta setelah mendapat rawatan yang salah di sebuah hospital.

Ai Fen, antara individu terawal yang menemui virus PKC | Mirrormedia

Pada 30 Disember 2019, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ai Fen dan berkhidmat di Hospital Besar Wuhan telah mengeluarkan laporan ujian tentang kewujudan virus SARS yang berbahaya itu.

Laporan berkenaan yang menunjukkan seorang pesakit positif virus korona SARS telah didedahkan di laman WeChat. Beberapa detik kemudian, laporan ujian berkenaan telah menular dan mula mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Ai Fen membulatkan perkataan virus korona SARS dalam laporan ujian dan menyebarkannya ke WeChat | Mirrormedia

Selain Ai Fen, seorang lagi doktor yang berjaya membongkarkan rahsia ini adalah Dr Li Wenliang namun telah meninggal dunia akibat dijangkiti wabak tersebut. Setelah Li Wenliang meninggal dunia, pihak kerajaan terus-menerus memberikan tekanan kepada Ai Fen.

Memetik laporan Radio Free Asia, ketika dihubungi Ai Fen memaklumkan bahawa beliau tidak berada dalam keadaan yang baik namun mengesahkan bahawa mata kanannya telah buta disebabkan oleh kesalahan diagnos. Hal ini sekali gus menyebabkan Ai Fen tidak lagi boleh bekerja sebagai seorang doktor.

Laporan ujian yang diberikan kepada Li Wenliang | Mirrormedia

Jelas Ai Fen, “Saya sangkakan ianya cuma rabun dan saya telah pergi berjumpa doktor. Agak sukar untuk bertemu doktor di hospital awam dan saya terpaksa ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan”.

Bagaimanapun, Ai Fen telah dimaklumkan bahawa terdapat katarak pada matanya dan satu-satunya cara untuk merawat adalah dengan melakukan pembedahan mata. Ai Fen telah menjalani pembedahan mata yang menelan kos sebanyak RM18,630 namun penglihatannya masih kabur.

Lebih menyedihkan lagi, keadaan retina mata kanannya terus memburuk pada bulan Oktober dan telah menyebabkan Ai Fen tidak lagi boleh melihat.

Li Wenliang dijangkiti virus PKC selepas terdedah dengan seorang pesakit yang positif sebelum meninggal dunia pada 7 Februari 2020 | Mirrormedia

“Mereka tidak memeriksa dengan betul demi mendapatkan keuntungan”.

Menurut Radio Free Asia lagi, satu sumber yang tidak didedahkan telah memaklumkan bahawa keluarga mendiang Li Wenliang dan Ai Fen kini masih berada dalam pengawasan pihak kerajaan disebabkan oleh tindakan mereka membongkarkan rahsia di sebalik penularan virus PKC.

Pada masa yang sama, balu Li Wenliang telah bertindak melarikan diri ke kampung halaman bersama dua anaknya manakala ibu bapa mendiang masih berada di Tanah Besar dan dilarang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular