PETALING JAYA: Ikea Damansara mengesahkan bahawa terdapat kes  COVID-19 dalam kalangan pekerjanya. Ekoran kes tersebut cawangan itu akan ditutup sementara sehingga pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Kes COVID-19 dalam kalangan pekerja di sana dikesan selepas mereka mengambil salah satu ujian rutin yang dijadualkan.

Berikutan itu pihak Ikea Damansara dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan untuk menutup premis perniagaan mereka mulai semalam, 2 Januari. Penutupan tersebut dilakukan supaya kerja-kerja sanitasi dan pembersihan dapat dijalankan sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pihak Ikea juga menasihati para pelanggan yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja yang positif COVID-19 turut dihasihati untuk menghubungi pegawai kesihatan awam bagi mendapatkan rawatan.

“Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan pelanggan, rakan sekerja, rakan kongsi dan masyarakat adalah keutamaan kami.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pegawai kesihatan awam dan melakukan tugas kami dengan melaksanakan semua langkah pencegahan yang diperlukan di seluruh kedai kami.

“Perjuangan melawan pandemik COVID-19 adalah tanggungjawab bersama. Mari kita lakukan bersama dengan menyokong dan mengikuti arahan pihak kerajaan untuk mencegah penyebaran virus,” ujar kenyataan itu lagi.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular