PENAMPANG: Baru-baru ini muncul sebuah video yang menunjukkan rakaman seorang kanak-kanak bermain basikal sendirian di jalan raya tular di laman sosial. Kejadian misteri tersebut dipercayai berlaku pada kira-kira jam 3 pagi, Rabu lalu.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook
Rakaman video berdurasi 26 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain basikal di suatu persimpangan jalan tanpa ditemani oleh sesiapa. Hal ini mula menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial dan ada yang mengatakan kejadian tersebut adalah sesuatu yang menyeramkan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Mohd Haris Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan insiden itu berlaku di simpang sebuah kampung di Putatan, Rabu lalu.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook
“Beberapa orang awam telah datang ke Balai Polis Putatan dan memaklumkan ternampak seorang budak lelaki berusia kira-kira empat tahun itu sedang mengayuh basikal di simpang jalan kampung berkenaan.

“Anggota yang bertugas ketika itu terus bergegas ke lokasi sebelum menemui kakak-kanak berkenaan di simpang jalan terbabit.

“Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan dalam keadaan selamat.

“Pada masa sama, ibu kanak-kanak itu datang ke balai polis untuk mengadu mengenai ketiadaan anaknya di rumah mereka yang terletak di kampung berkenaan,” katanya. Wanita tersebut juga memberitahu bahawa anak lelakinya itu menghidap penyakit autisme.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular