Siapa pecinta kucing pasti akan merasa gembira seperti di langit ketujuh apabila kucing kesayangan anda suka berkepit dan bermanja. Hal ini kerana kebanyakan kucing memiliki sifat ‘sombong’ dan hanya mahu bermanja sekiranya mereka lapar.

Tahukah anda bahawa kucing sebenarnya gemar menunjukkan perasaan sayang menerusi cara yang tersendiri dan unik. Jom kita tengok beberapa cara kucing menunjukkan kasih sayang mereka kepada anda.

#1 Mendedahkan bahagian perut

Quora

Perut adalah satu kawasan yang sangat penting bagi kucing dan hal ini menyebabkan kucing jarang menunjukkan perut secara terbuka. Tetapi, jika anda melihat kucing menunjukkan perutnya kepada anda, hal ini bermakna kucing tersebut mempercayai dan menyukai anda.

#2 Merenung anda

OprahMag

Jika anda berada di rumah bersama si comel berbulu ini dan perasaan yang kucing anda sentiasa merenung anda, jangan malu atau takut. Renungan tersebut membawa maksud suka. Kucing akan terus merenung sesuatu benda atau manusia bagi menunjukkan minatnya terhadap perkara tersebut.

#3 Menggesel-geselkan badan

ScienceNews

Jika kucing menggeselkan badannya sambil berpusing mengelilingi anda, ia adalah tanda sayang dan kasih. Tidak kira ke mana sahaja anda pergi, kucing itu akan mengekori anda sama ada ke sofa, melompat ke atas badan anda dan sebagainya.

#4 Tidur di sebelah

Animal Wised

Kucing adalah spesies haiwan yang sentiasa merasa tidak selamat dengan persekitaran. Hal ini menyebabkan kucing sentiasa memilih untuk tidur di kawasan yang mereka rasakan selesa dan selamat. Bagaimana pula jika kucing anda gemar tidur bersama anda? Hal ini menandakan kucing tersebut sangat sukakan anda kerana anda berjaya membuatkan mereka berasa selamat dan selesa.

Untuk anda yang mungkin tidak pernah merasai kasih sayang daripada kucing, anda boleh cuba tips di bawah.

#1 Makanan

The Spruce Pets

Anda harus memberi kucing anda makan secara kerap dan berikan mereka makanan yang enak. Dalam erti kata lain, kalau anda pandai menjaga perut si comel, barulah anda akan disayangi sentiasa.

#2 Selalu bermain

Medium

Jangan lupa untuk meluangkan masa dengan bermain bersama kucing anda. Anda juga boleh menyentuh kepala dan badan kucing untuk membuatkan kucing berasa selesa. Di samping itu, sediakan ‘ganjaran’ dalam bentuk makanan setiap kali bermain bersama kucing bagi membina hubungan yang lebih erat bersama si comel.

#3 Kebersihan

Catster

Kucing adalah spesies haiwan yang pembersih dan tidak suka kotoran yang melekat pada badan. Jadi, anda perlulah sentiasa memandikan serta mendandan kucing kesayangan anda. Pastikan juga bahagian telinga dibersihkan dan bukan bulunya sahaja.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular