Tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar buat kita semua terutamanya dari segi ekonomi. Ramai individu gang terpaksa diberhentikan kerja dan ada juga yang dikurangkan gaji. Bagi meneruskan kehidupan, segelintir individu mula menceburi bidang perniagaan untuk meraih pendapatan tambahan dan menampung keperluan keluarga.

Salah seorang daripadanya adalah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikenali sebagai Muhammad Nor Faizal bin Nordin. Memandangkan musim persekolahan telah ditutup akibat pandemik, Faizal telah mengambil kesempatan dengan menjual burger secara sambila. Bagaimanapun, dalam satu insiden di mana Faizal meninggalkan gerainya seketika untuk ke tandas, telefon miliknya telah dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

Bukan sahaja itu, barangan peribadi lain seperti wang tunai dan barang jualan turut dilarikan individu tersebut. Nasib malang yang menimpa Faizal berjaya menarik perhatian Ketua Polis daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal.

Nik Ezanee dan beberapa anggota lain telah melawat Faizal dan memberikan sumbangan dalam bentuk telefon baharu bertujuan untuk memberikan semangat kepada anak muda ini untuk meneruskan kehidupan meski dibadai onak dan duri.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai respon dalam kalangan warganet yang rata-ratanya memuji tindakan pihak polis.

“Tiada komen. Saya sangat tersentuh dengan kepekaan PDRM Petaling Jaya dan semua anggota PDRM lain”.

“Budi baik daripada Tuan Nik Ezanee pasti akan mekar dalam ingatan budak lelaki ini. Ia akan terus mendorongnya untuk melakukan kebaikan kepada orang lain”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular