Menerusi kajian dan penyelidikan yang dijalankan ke atas tikus, sel stem yang berfungsi dalam mengawal warna rambut dan kulit menjadi rosak disebabkan oleh tekanan yang tinggi. Kajian tersebut turut menyertakan laporan terhadap tikus yang berbulu gelap akan berubah menjadi putih sepenuhnya hanya dalam beberapa minggu.

Para penyelidik Amerika Syarikat dan Brazil memaklumkan bahawa kajian ini adalah satu usaha penyelidikan yang berbaloi kerana ia membolehkan mereka menghasilkan sejenis ubat bagi mengelakkan keguguran rambut akibat proses penuaan. Tambahan pula, majoriti lelaki dan wanita mula beruban apabila mencecah usia 30-an disebabkan proses penuaan semula jadi dan juga genetik serta stres.

BBC

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sao Paulo dan Harvard telah menerbitkan kajian mereka di jurnal Nature di mana mereka percaya kesan stres kepada rambut mempunyai perkaitan yang rapat dengan sel stem melanocyte. Sel ini berfungsi dalam menghasilkan melanin dan bertanggungjawab dalam menyebabkan perubahan warna kulit serta rambut.

“Kami tahu dan yakin bahawa tekanan menyebabkan perubahan spesifik kepada rambut dan kulit serta bagaimana ia berlaku,” jelas Profesor Ya-Cieh Hsu, penulis kajian dari Universiti Harvard.

Kesakitan yang dialami oleh tikus makmal telah menyebabkan penghasilan adrenalin dan cortisol (hormon stres). Perkara ini telah mengakibatkan jantung berdegup kencang dan meningkatkan tekanan darah sekali gus memberi kesan kepada sistem saraf yang kemudiannya menyebabkan stres. Proses ini juga telah membuatkan sel stem yang menghasilkan melanin dalam folikel rambut menipis.

Popsci

“Saya sudah menjangkakan bahawa stres memberi kesan yang buruk kepada tubuh. Tetapi, kami dapati impak stres adalah jauh lebih teruk melebihi jangkaan kami”.

Jelas Profesor Hsu lagi, “Selepas beberapa hari mengalami tekanan, semua pigmen yang menghasilkan sel stem telah hilang. Apabila pigmen ini hilang, anda tidak boleh menghasilkan semula pigmen ini. Kerosakannya adalah kekal”.

The Economic Times

Dalam sebuah kajian lain, para penyelidik mendapati bahawa perubahan warna rambut dan kulit ini boleh dilakukan dengan memberi ubat anti tekanan darah tinggi kepada tikus berkenaan. Protein yang dikenali sebagai cyclin-dependent kinase (CDK) menyebabkan kerosakan sel stem akibat stres juga berjaya ditemui menerusi perbandingan genetik yang dilakukan antara tikus yang sakit dengan tikus normal. Penemuan ini membolehkan para saintis menghasilkan satu rawatan yang dikatakan boleh melambatkan proses uban pada rambut.

“Penemuan ini bukan penawar mahupun rawatan untuk rambut beruban. Kajian kami terhadap tikus hanya permulaan bagi membolehkan kami menyelidik kesannya terhadap manusia. Kajian ini turut memberikan kami idea tentang bagaimana stres boleh menjejaskan bahagian tubuh yang lain”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular