Kucing peliharaan kita di rumah lazimnya mengamalkan sikap tidak mempedulikan tuannya, bukan? Jika dipanggil pun, mereka akan buat tidak tahu sahaja.

Tetapi waktu makan tahu pula mahu bersuap..

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial menunjukkan gelagat kucing disuap makan oleh individu yang dipercayai tuannya.

Dunia Kucing Malaysia Media/Facebook

Seperti menyuapkan anak kecil, kucing itu langsung tidak bergerak malah duduk diam sahaja di atas meja menunggu suapan.

Manja betul sampai makan pun bersuap. Perkongsian video pendek berdurasi 31 saat itu ternyata menerima lebih kurang 39,000 reaksi pengguna.

Anda boleh tonton videonya di bawah ini :

https://www.facebook.com/duniakucingmalaysianew/videos/114275547137904/?__tn__=%2CO

Menyuap kucing ataupun mana-mana haiwan peliharaan sememangnya merupakan satu proses membina ikatan yang istimewa dan penuh bermakna.

Walau bagaimanapun, kesan buruk amalan ini cumanya akan membuatkan kucing anda terlalu menikmati suapan anda itu hinggakan tidak mahu lagi makan sendiri.

Dan kucing di dalam video ini berkemungkinan sudah lama disuap makan menggunakan tangan oleh tuannya kerana langsung tidak kekok.

Apa pun, aksi kucing ini memang comel dan menghiburkan kita semua.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular