WUHAN – Sekali lagi, sebuah kajian oleh Jabatan Kesihatan Awam Parti Komunis China mengatakan bahawa pegawai PKC tidak menyatakan bahawa angka jangkitan wabak di Wuhan pada awal tahun ini mungkin 10 kali ganda lebih tinggi daripada angka sebenar, iaitu hampir 500,000 kes.

Pada awal kemunculan wabak ini pihak PKC melaksanakan langkah-langkah pengasingan yang agak ketat tetapi mereka menyembunyikan wabak tersebut dari dunia.

Mereka juga tidak menyekat penerbangan antarabangsa sehingga menyebabkan berlakunya penyebaran COVID-19 di seluruh dunia dengan begitu pantas.

Menurut wartawan Bloomberg, Lisa Du pada 29 Disember lalu mengatakan bahawa “Parti Komunis China secara rasmi mengatakan bahawa skala wabak di Wuhan, yang merupakan pusat penyebaran wabak paling awal sebenarnya mungkin hampir 10 kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan. Ini berdasarkan hasil ujian antibodi yang dilakukan oleh penduduk Wuhan pada April tahun lalu.

Bloomberg melaporkan pada 29 Disember lalu bahawa hasil tinjauan yang dikeluarkan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China pada 28 Disember menunjukkan bahawa setelah ujian antibodi virus serum terhadap 34,000 orang pada bulan April, didapati bahawa kadar positif virus adalah 4.43 %.

Menurut Lisa Du lagi, kadar positif virus ini menunjukkan bahawa sebanyak 500,000 penduduk mungkin dijangkiti, dan angka tersebut adalah hampir 10 kali lebih tinggi daripada 50,000 kes yang disahkan dan diumumkan ketika itu.

Ekoran jangkitan yang berlaku, Wuhan ditutup pada 23 Januari dan kuarantin secara ketat mula dikuatkuasakan pada bulan Februari tetapi dalam masa yang sama mereka memberi jaminan bahawa wabak tersebut masih di bawah kawalan.

Pihak kerajaan China bahkan terus membenarkan rakyatnya untuk keluar dari kawasan tersebut. Situasi tersebut juga disokong oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tan Desai.

Menurutnya, tiada alasan untuk mengambil langkah-langkah yang mengganggu perjalanan orang serta perdagangan antarabangsa. Pihak WHO juga meminta setiap negara untuk membuat keputusan berdasarkan bukti.

Statistik walau bagaimanpun menunjukkan bahawa sehingga akhir bulan Mac, penerbangan antarabangsa dari China menurun dengan ketara, dan penerbangan domestik China pula mula dilarang sepenuhnya pada awal 9 Februari.

Seorang penyelidik, Frank Qin bekata setelah Presiden Trump mengeluarkan larangan penerbangan dengan China, pihak PKC menunjukkan rasa jengkel. Tidak hanya itu, pihak Kementerian Luar Negeri China juga mengkritik tindakan tersebut dan hal ini menunjukkan bahawa sektor ekonomi dilihat lebih penting daripada kesihatan rakyat China sendiri. Pihak PKC juga jelas menunjukkan mereka tidak peduli dengan keadaan negara lain serta kesihatan penduduk dunia.

Laporan sulit yang dikemukakan oleh komuniti perisik AS kepada Rumah Putih menunjukkan bahawa PKC telah menyembunyikan jumlah kes sebenar serta angka kematian yang dicatatkan. Jumlah sebenar mereka yang terkorban akibat COVID-19 di China walau bagaimanapun masih menjadi misteri.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular