Kerja-kerja penampalan jalan berlubang oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) difahamkan akan dilakukan dalam masa 24 jam, manakala pembaikan kekal pula selama tiga hari.

Ia adalah usaha menerusi ‘Kempen Aku Janji Zero Potholes’ yang diperkenalkan semula pada bulan Julai yang lepas.

Dalam kenyataannya, KKR memaklumkan bahawa kempen itu sebelum ini yang sudah berlangsung sejak 2016 hingga 2018 itu bertujuan untuk memperkukuhkan komitmen kementerian terhadap penyampaian perkhidmatan penyelenggaraan jalan dalam negara.

Di bawah kempen ini, kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam daripada penemuan atau aduan kerosakan.

Kerja-kerja tersebut akan dilakukan dalam masa tiga hari bagi pembaikan kekal mengikut kontrak ‘Federal Road Maintenance’.

 “Ia adalah inisiatif kementerian bersama JKR dan enam syarikat konsesi bagi Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan”.

Tambah kenyataan itu, kerosakan ‘pothole’ merujuk kepada lubang yang berkelebaran 200 hingga 1,000 milimeter (mm).

“Sekiranya kelebaran lubang itu di bawah 200 mm, teknik tampalan tidak melibatkan potongan, sebaliknya ditampal terus.

The Star

Namun apabila kelebaran lubang itu mencecah hingga 1,000 mm, kaedah pemotongan jalan sebelum penampalan akan dilakukan.

Dimensi lubang yang melebihi 1,000 mm menurut mereka perlu dilihat sebagai kegagalan penurapan pada jalan.

KKR juga memperuntukkan RM1.09 bilion bagi kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh negara termasuklah bil elektrik, lampu jalan dan lampu isyarat untuk tahun 2021.

“KKR akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi memastikan permukaan jalan tidak cepat rosak akibat daripada lebihan muatan kenderaan”.

Sementara akan terus komited dan memastikan setiap aduan yang diterima akan diselesaikan segera tanpa mengira status pengadu demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Sebanyak 4,091 aduan kategori infrastruktur awam telah diterima KKR dan JKR sehingga 30 November lalu”.

Daripada jumlah itu, sejumlah 1,473 aduan berkaitan dengan jalan rosak. Kesemuanya telah pun diseleraskan dan diambil tindakan oleh JKR.

Dalam pada itu, KKR juga menyifatkan bahawa setiap aduan dan pandangan yang dilontarkan adalah demi pembangunan sejagat.

Ia diberikan supaya maklumat tepat dan lengkap dapat diperolehi bagi tujuan siasatan yang jelas di lokasi yang dimaksudkan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular