Bunyi kicauan burung sememangnya menenangkan, lebih-lebih lagi jika mendengarnya saat bangun pagi.

Sumber mengatakan bahawa kicauan burung berupaya untuk memperbaiki mood dan kesediaan mental secara konsisten.

Dan agak beruntung juga buat lelaki di dalam satu video ini, di mana seekor burung dilihat berkicau tatkala berada di atas bahunya.

Times of India

Menerusi video berdurasi 46 saat itu, burung terbabit elok sahaja berada pada bahu lelaki berkenaan dan kemudiannya bergerak ke bahagian dada.

Sepanjang berada di atas tubuh lelaki itu, burung tersebut tidak henti-henti menghasilkan kicauan yang indah.

Ada satu ketika, di mana burung itu berkicau dekat dengan muka lelaki tersebut seperti sedang mengatakan sesuatu pula.

Times of India

Menurut sumber, spesies burung yang berbeza akan menghasilkan bunyi kicauan yang juga berbeza namun atas sebab yang sama.

Kicauan yang dihasilkan mereka itu lazimnya menandakan bahawa mereka sama ada sudah kenyang, bebas stres dan juga gembira.

Anda boleh saksikan video penuhnya di bawah ini :

Ia merupakan satu bunyi yang indah, bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular