BETONG: Sembilan sekeluarga dilaporkan maut selepas kenderaan yang dinaiki terjunam ke Sungai Batang Lupar petang semalam. Mereka dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar salah seorang daripada mereka ke Kuching bagi mengikuti pengajian tahfiz.

Utusan Borneo Online/Facebook

Selain pemandu, Ronany Ting, 33, lapan lagi yang maut adalah penumpang Ford Ranger itu termasuk seorang mualaf, Siti Aisha Abdullah, 36 dan tiga orang anak lelakinya, Mohd Ahmad Mohd Hamdan yang berusia empat bulan, abangnya Muhd Mustaqim, 5, dan Mohd Aiman, 7.

Empat lagi mangsa adalah Khairunnisa Muhamad, 14 dan Nor Shuhada Mohamad, 16, serta Wallace Phang, 7 dan Alvin Phang, 12.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 3.05 petang itu berpunca daripada kenderaan 4WD yang dinaiki berundur selepas kapasiti feri ketika itu dalam keadaan penuh.

“Berdasarkan maklumat saksi, kenderaan itu tiba-tiba meluncur ke arah sungai lalu terjunam dalam arus yang agak deras,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap, namun ketika dikeluarkan mereka semuanya sudah tidak sedarkan diri.

Semua mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Beladin sebelum kematian disahkan Pegawai Perubatan dari klinik tersebut.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.14 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dan BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi untuk membantu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular