Pasti ramai yang tahu baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ada memulakan inisiatif #BotakChallenge.
Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi membeli komputer riba dan disalurkan kepada pelajar di Muar.
Dalam cabaran itu, Syed Saddiq bernazar akan membotakkan kepalanya jika berjaya mencapai sasaran RM200,000 dalam tempoh lima hari.

Nampaknya, jumlah dana terkumpul berjaya bahkan sudah melebih apa yang disasarkan iaitu sebanyak RM383,000. Mahu atau tidak, janjinya perlulah dikotakan.
Menerusi siaran langsung yang dikendalikan oleh Astro Awani, jelas dapat kita tonton pada malam 30 Disember rambut beliau telah digunting dan dimesinkan.
Ia dimulakan oleh ibu beliau sendiri, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz terlebih dahulu. Berikut adalah wajah terbaru Syed Saddiq :
Bangun pagi, gosok kepala, rambut tiada????
Syed Saitama, nama saya.
Yang Botak & Berkhidmat, jawatan saya.We managed fo fundraise almost double what we expected, RM383,000.
What’s more amazing is that the average contribution was RM37!!!
Thank you all!!! Thank you, sincerely. pic.twitter.com/feOtfbtruq
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 31, 2020
@SyedSaddiq/Twitter
Bimbang penduduk Muar mungkin tidak mengenalinya, beliau ada berkata, “Saya harap penduduk Muar janganlah tak kenal saya”.
Lebih-lebih lagi dua ekor kucing belaannya di rumah. Apalah agaknya reaksi kucing-kucingnya setelah melihat penampilan terbaru tuan mereka ya?
Beliau sebelum ini menganjurkan cabaran itu untuk meraih dana bagi membolehkan sebanyak 500 buah komputer riba dapat dibelikan.
Terima kasih rakyat Malaysia. Target tercapai!
Thank you @501Awani for hosting this session.
Sincerely,
Yang Botak Syed SaitamaThe mission continues! https://t.co/uGIISpAuzd#BotakChallenge pic.twitter.com/mPcPC90YjV
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 30, 2020
@SyedSaddiq/Twitter
Ia untuk diagihkan kepada sejumlah 500 keluarga, maknanya satu keluarga menerima sebuah laptop menjelang penghujung 2021.
Kita sedia maklum sebelum ini, kempen pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar yang memerlukan di Muar sudah lama dilakukan oleh beliau.
Namun begitu, inisiatif ini menurutnya membolehkan orang ramai untuk turut sama mengambil bahagian dan menyumbang kepada golongan terbabit.
Syabas Syed Saddiq!
Maybe you're interested :
- Enggan berdiam diri, pengamal Falun Dafa dedah penganiayaan selama 21 tahun oleh kerajaan Komunis China
- Pegawai perubatan KKM meninggal dunia, hasil ujian COVID-19 adalah negatif
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”