Kali ini kami akan kongsikan satu tips mudah, berkesan dan yang paling penting berpatutan untuk memutihkan semula pakaian putih anda.

Mungkin sebelum ini ramai yang rungsing mengapa baju mereka masih tidak putih sedangkan sudah mencuba banyak produk yang mendakwa mampu memutihkan semula pakaian.

Selangor My Hometown 我来自雪兰莪/Facebook

Baru-baru ini, satu laman di Facebook telah berkongsi petua bagaimana seorang jururawat berjaya memastikan uniformnya kekal putih dan bersih.

Iaitu dengan hanya menggunakan sabun bar jenama Lux yang telah diparutkan menjadi ketulan kecil!

Begini langkah-langkahnya :

1. Anda perlu parutkan sabun bar Lux itu menggunakan pemarut

Selangor My Hometown 我来自雪兰莪/Facebook

2. Kemudian rendamkan pakaian putih anda bersama sabun yang telah diparutkan tadi semalaman

3. Keesokan harinya, tambah sedikit sabun yang telah diparut itu bersama serbuk pencuci pakaian yang biasa anda gunakan. Cuci pakaian menggunakan mesin basuh.

Selangor My Hometown 我来自雪兰莪/Facebook

Dengan semudah itu sahaja, pakaian putih anda kekal bersih dan tidak kotor lagi. Apa yang penting, sabun bar Lux itu tidaklah begitu mahal di kedai, bukan?

Seorang pengguna ada meninggalkan komen yang mengatakan bahawa kaedah ini agak berkesan. “Saya gunakan kaedah ini pada pakaian putih, terutamanya pada bahagian kolarnya”.

Selangor My Hometown 我来自雪兰莪/Facebook

Sementara pengguna lain turut berkata bahawa teknik ini berkesan dalam menghilangkan kotoran daripada darah. Ia amat berguna untuk kaum Hawa.

“Saya ada mencubanya. Saya pernah alami luka dan baju saya berdarah. Dengan kaedah ini, baju saya bersih dengan cepat dan berbau wangi”, komen pengguna.

Tidak kiralah sama ada sabun bar jenama Lux itu berwarna dan beraroma apa pun, ia sudah pasti berkesan.

Senanglah bersihkan pakaian putih selepas ini, bukan? Kotoran pada pakaian putih kini bukanlah masalah..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular