Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menetapkan bahawa majikan perlu membayar caruman wajib KWSP setiap 15 hari bulan mulai Januari ini.

KWSP dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa, langkah itu adalah selaras dengan tarikh asal pembayaran caruman ditetapkannya setiap bulan.

Sebelum ini, KWSP melanjutkan tarikh bayaran caruman berkenaan kepada 30 hari bulan bagi bulan April 2020 hingga Ogos 2020.

Gambar Hiasan/Twitter

Dan kemudiannya sekali lagi bertindak melanjutkan tarikh caruman wajib itu bagi bulan September 2020 hingga Disember 2020.

Langkah itu difahamkan bertujuan untuk meringankan beban majikan akibat keadaan tidak menentu disebabkan oleh pandemik COVID-19.

“Tarikh bayaran tersebut itu akan kembali ke tarikh asal bagi memastikan caruman pekerja dibayar tanpa kelewatan”.

Bayaran caruman boleh dilakukan menerusi portal i-Akaun (majikan) di laman KWSP, perbankan internet atau di kaunter bank dilantik.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular