Seorang wanita dari Taiwan berusia 23 tahun telah menghantar satu posting dalam laman media sosial di negaranya dengan mendedahkan rasa terkejutnya apabila baru menyedari penderitaan sakit sembelit kronik yang dialaminya adalah disebabkan oleh satu penemuan luar dugaan mengenai usus besarnya selepas bertemu doktor baru-baru ini.

Wanita ini bercerita dalam laman Dcard, “Saya menderita sembelit yang agak teruk sejak kecil. Ketika masih muda dan remaja, saya hanya boleh membuang air besar setelah duduk di mangkuk tandas selama satu hingga dua jam.”

Wanita yang dikenali sebagai J ini menulis tempoh terpanjang yang dia lalui tanpa membuang air besar adalah 17 hari.

Sekadar Gambar Hiasan/Pexels

Pun begitu, dia hanya dapat membuang najisnya yang berupa seperti najis kambing.

J menulis dia telah mencuba makanan yang lebih lembut, minum banyak air, dan makan lebih banyak sayur-sayuran, tetapi nampaknya tiada apa yang dapat membantu.

Suatu ketika, dia bahkan telah memakan tujuh biji betik besar dan dua biji buah naga besar dalam seminggu, dan malangnya masih tidak dapat membuang air besar.

“Saya kelihatan normal di luar dan saya mempunyai keperibadian yang ceria. Tetapi saya sering mengalami kesakitan di bahagian perut yang sangat teruk, rasanya seperti saya melakukan pengguguran. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang di sekeliling saya,” tulis J.

J akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan imbasan sinar-x di hospital berdekatan. Imbasan sinar-x itu dikongsi oleh J di Dcard.

“Akhirnya selesai,” tulis J.

“Usus saya sangat panjang dan ia telah memanjang sehingga ke puncak,” tulisnya.

J juga menekankan segmen terakhir usus besarnya cukup halus tanpa banyak kedutan, yang bermakna menurut pendapatnya ia mestilah hasil daripada pengumpulan najis yang tidak dikeluarkan selama bertahun-tahun.

Dcard

“Nampaknya satu-satunya cara untuk menyelesaikannya adalah dengan membuang seluruh usus besar saya itu, tetapi saya sangat takut. Saya bimbang mungkin akan ada komplikasi,” terang J.

Imbasan usus J jelas kelihatan seperti agak membimbangkan, tetapi seorang netizen dari Universiti Kebangsaan Yang-Ming di Taipei berkata berdasarkan imbasan itu, usus besar itu sebenarnya tidak sampai ke jantung.

Namun, katanya, jelas benar usus besarnya telah beralih tempat dari lokasi normal yang sepatutnya.

Kemas kini terakhir yang dibuat J adalah pada 27 Disember lalu.

J kemudian memberitahu media Taiwan bahawa dia sedang menunggu penilaian hospitalnya dalam bulan Januari 2021 sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Posting J telah menerima banyak mesej yang memberinya kata semangat dan maklum balas positif.

“Saya ada terfikir untuk menyimpan lebihan usus saya setelah ia dikeluarkan. Rugi jika tidak berbuat demikian. Ia sangat besar,” kata J berseloroh.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular