Ribuan pelajar matrikulasi bersatu hati dan memulakan satu petisyen yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM).

Ia berhubung dengan arahan BMKPM yang meminta pelajar untuk pulang ke kolej bagi menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).

Peperiksaan tersebut difahamkan akan berjalan secara bersemuka di kesemua kolej matrikulasi bermula hujung bulan ini hinggalah Januari 2021.

Arahan peperiksaan secara bersemuka itu menurut para pelajar adalah satu perkara yang tidak masuk akal ketika kes COVID-19 masih lagi tinggi.

Change.org

Lantas ia membuatkan para pelajar tersebut bersatu hati dan memulakan petisyen bagi membantah keputusan BMKPM yang meminta mereka pulang untuk menjalani peperiksaan.

Menurut laman petisyen itu, penganjur menulis bahawa pihak kerajaan juga tidak menyarankan individu untuk keluar secara beramai-ramai dan menyerbu pada satu-satu tempat.

Oleh itu, arahan BMKPM menurut penganjur adalah tidak munasabah kerana risiko dijangkiti terlalu tinggi memandangkan kes COVID-19 meningkat secara mendadak.

Tambahnya, jika arahan ini diteruskan, tidak mustahil bahawa kes akan meningkat dan menular dengan lebih serius ekoran para pelajar terdiri daripada negeri-negeri yang berlainan.

“Alternatif perlu diadakan untuk memastikan peperiksaan dapat dijalankan dengan syarat pelajar-pelajar dalam keadaan yang selamat”.

Setakat ini, petisyen tersebut sudah mendapat lebih 12,000 tanda tangan. para pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kekecewaan dan kebimbangan mereka.

Gambar Hiasan/Facebook
“Agak sedih apabila mereka hanya mementingkan peperiksaan berbanding nyawa dan keselamatan kami”.

“Secara peribadi, saya tidak bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk peperiksaan ini kerana menghabiskan ¾ semester saya belajar secara dalam talian”.

“Ketika belajar secara dalam talian, kebanyakan pensyarah hanya membaca slaid, membuatkan kami keliru dan kurang pengawasan”, kongsi seorang pelajar.

“Tidak dapat dinafikan bahawa perkara ini mempengaruhi kesihatan mental kami. Institusi awam yang lain semuanya melakukan peperiksaan dalam talian”, luah pelajar lain.

Melihat kepada keadaan terkini di beberapa negeri yang mencatatkan peningkatan kes, maka tidak hairanlah mengapa para pelajar ini berasa bimbang.

Buat masa ini, pihak BMKPM masih belum memberikan respon mengenainya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular