Tidak perlu diperkenalkan lagi Uncle Kentang, seorang insan yang sering membantu orang lain terutamanya komuniti yang dilanda kesusahan.
Baru-baru ini, beliau meminta bantuan orang ramai untuk membolehkannya meneruskan kerja murni beliau dalam membantu orang lain.
Di laman Facebook, beliau memulakan kenyataan dengan bertanya sama ada para pembaca tahu apa agaknya hasrat terakhir pesakit terminal?
生日有生日愿望 ????
新年有新年愿望????你们懂每个病人最后的愿望是什么吗 ???他们要回家,要回自己的kampung 看看 (因为医生交代家属带病人回家看看吧)
马铃薯叔叔bibo 车提供”last ride”…
Posted by 马铃薯叔叔日志 Uncle Kentang on Monday, 28 December 2020
马铃薯叔叔日志 Uncle Kentang/Facebook
Pesakit terminal secara ringkasnya merupakan pesakit yang tiada harapan untuk pulih dan hanya menunggu kematian.
Lazimnya, pesakit sebegini hanya mahu pulang ke rumah seperti apa yang turut dinasihatkan oleh doktor.
Uncle Kentang selama ini diketahui memberi perkhidmatan membawa pesakit ke hospital. Kebanyakan keluarga pesakit mahu membayar khidmat tersebut namun tidak pernah diterima beliau.
“Saya tidak sanggup mengambil wang mereka. Saya selalu minta agar mereka simpan sahaja wang untuk kegunaan mereka sendiri”, katanya.


“Bolehkah kita bekerjasama untuk merealisasikan hasrat terakhir pesakit ini? Bantulah perkhidmatan kami”.

Dengan membeli ambulans mini Uncle Kentang yang berharga RM20 setiap satu, ia bakal membolehkan Uncle Kentang terus berbakti.
Beliau berniat mahu membeli ambulans mini bagi membolehkannya terus berbakti kepada golongan berkenaan.
Anda boleh dapatkannya di sini. Setiap pembelian anda berupaya membantu pesakit terminal merealisasikan hasrat terakhir mereka.
Maybe you're interested :
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”
- Laporan Khas: Virus Wuhan disasarkan kepada pihak Komunis