Pengguna WhatsApp yang menggunakan aplikasi pada iPhone 4 atau telefon bimbit Android yang lama tidak akan dapat menggunakan Whatsapp mulai 1 Januari 2021.

Platform pesanan milik Facebook ini dilaporkan telah menghentikan sokongan untuk iOS 9, perisian operasi yang dikeluarkan oleh Apple pada tahun 2015.

Manakala pengguna bukan Apple dengan peranti lama juga akan terkesan sekiranya peranti mereka masih menggunakan Android 4.0.3.

iOS 9 adalah kemas kini perisian terakhir yang diterima oleh iPhone 4, sementara model lebih baru dapat ditingkatkan ke versi terkini. Setakat ini, Apple telah melancarkan iOS 14 pada September 2020 lalu.

Gambar Hiasan/unsplash

Model seperti 4S, 5, 5S, 5C, 6 dan 6S semuanya boleh dikemas kini untuk memastikan WhatsApp berfungsi pada telefon masing-masing.

Android 4.0.3 pula dilancarkan pada tahun 2011 dan diganti pada tahun berikutnya.

Langkah menghentikan sokongan untuk peranti lama adalah taktik biasa pembangun aplikasi yang membebaskan sumber daya.

Ia adalah untuk menfokuskan pada peningkatan produk agar majoriti pengguna memiliki telefon bimbit yang lebih moden dan terkini.

Gambar Hiasan/pxhere

Sementara itu, WhatsApp adalah salah satu aplikasi paling popular di dunia, iaitu memiliki sekitar 2 bilion pengguna.

Pengguna yang bimbang akan kehilangan akses pada aplikasi itu bolehlah memeriksa tetapan telefon masing-masing bagi mengetahui sama ada perisian mereka adalah terkini atau tidak.

Untuk telefon yang tidak boleh dikemas kini dengan perisian terkini, fungsi WhatsApp akan terhenti pada 2021.

Oleh itu, pengguna dinasihati untuk mengeksport data dan menyimpan pesanan mereka ataupun menaik taraf telefon bagi mengelakkan kehilangan akses terhadap kandungan dan pesanan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular