Manusia mungkin bertanya dalam diri, apa akan terjadi kepada mereka jika terus berlapar dan tidak makan selama lebih seminggu, dan mampukah diri bertahan jika terus tidak makan. Bagaimana pula jika ia lebih sebulan? Kalau haiwan peliharaan kucing pula bagaimana?

Walaupun mungkin berbeza dengan manusia, kucing mungkin dapat bertahan lebih kurang dalam masa 15 hari ke atas. Dan kucing kelabu biru ini tinggal di dalam rumah pemiliknya bersendirian, tetapi dapat bertahan selama 73 hari.

Pemilik kucing ini tinggal di Wuhan dan memelihara kucing comelnya yang patuh serta sentiasa berkelakuan baik, maka dia amat disayangi. Pemilik ini merancang untuk pulang ke kampung halamannya sempena Tahun Baru Cina 2020.

fgnj1634

Oleh kerana kampung halamannya itu berada jauh, dia hanya dapat kembali ke bandar dalam masa 5 hingga 6 hari. Oleh kerana takut kucingnya berasa tertekan dalam perjalanan, jadi dia meninggalkan kucing itu di rumah.

Pemilik ini memastikan kucingnya tidak akan berlapar semasa pemergiannya yang dirasa hanya seketika itu, jadi dia meninggalkan keperluan makanan selama 15 hari untuk kucing kesayangannya bersama bekalan air selama 20 hari. Bekalan makanan yang ditinggalkan untuk kucing itu lebih daripada mencukupi di sepanjang ketiadaannya di rumah, jadi pemilik ini yakin kucingnya akan selamat.

Namun, rancangan pemilik ini tiba-tiba berubah apabila pada 23 Januari 2020, Wuhan melaksanakan perintah berkurung apabila wabak COVID-19 melanda selepas hari ketiga Tahun Baru Cina dan dia tidak dapat pulang ke rumah. Pada mulanya, pemilik ini tidak peduli dan tidak berasa bimbang kerana dia menyangka wabak akan segera dikendalikan, dan dia meninggalkan kucing itu dengan makanan dan air selama setengah bulan.

fgnj1634

Tetapi malangnya, tiba-tiba lebih 20 hari telah berlalu, dan pemilik ini mula menjadi panik. Dalam masa 30 hari berikutnya, pemilik itu berusaha pelbagai cara untuk menyelamatkan kucingnya.

Sehingga pertengahan bulan Mac, kucing ini telah terperangkap selama 54 hari. Secara logiknya kucing ini tidak dapat bertahan untuk hidup. Apabila salah seorang jiran yang dihubungi untuk membantu menjenguk kucing ini dan memasuki rumah itu, keadaan dalam rumah berada dalam huru-hara.

Dengan keadaan rumah yang berselerakan, jiran berkenaan tidak dapat menemui kucing itu buat seketika.

fgnj1634

Tepat ketika jiran hendak memberitahu pemilik bahawa dia tidak menemui kucing itu, tiba-tiba dia terlihat najis kucing di dalam bilik tidur. Melihat kembali dengan teliti, jiran ini akhirnya menemui seekor kucing sedang terbaring dengan tenang dan mengecilkan dirinya, sedang panik dan bertahan. Kucing itu masih hidup tetapi dalam keadaan yang lemah.

Mendapat berita bahawa kucingnya masih hidup, pemilik ini menangis kegembiraan, tetapi pada masa yang sama dia bertanya dalam diri, bagaimana kucingnya dapat bertahan selama lebih 15 hari dengan hanya memakan bekalan makanan kucing yang ditinggalkannya?

fgnj1634

Rupa-rupanya, baru dia teringat di dalam rumah itu terdapat simpanan 2 beg makanan kucing yang besar dan masih tidak dibuka. Kucing itu telah merobek simpanan makanan ini ketika dia sangat lapar, maka dengan kepintarannya itu, dia terus bertahan dan hidup dengan selamat.

Pada awal bulan April iaitu pada hari ke-73 selepas membiarkan kucing itu tinggal bersendirian, pemiliknya telah berjaya kembali pulang ke rumah. Pemilik ini membeli sosej kegemaran yang biasa dimakan oleh kucing itu dan memberikan kepadanya, dan kucing itu menangis sambil memakannya.

fgnj1634

Selama 73 hari, seekor kucing terperangkap di dalam rumah dan bertahan sendirian. Bagaimana perasaannya menanggung rasa rindu, tidak berdaya dan terus bertabah untuk bertahan dengan harapan dapat menyambut kepulangan tuannya.

Nasib baik, pemilik ini seorang yang bertanggungjawab, amat menyayangi kucingnya dan dia tidak berputus asa untuk menanyakan keadaan kucingnya dengan jiran yang sedia membantu.

Apabila anda keluar untuk jangka masa yang agak lama, kucing itu tidak faham mengapa anda tidak kembali. Tetapi apabila anda kembali, kucing itu akan memerhatikan anda dengan serius dan dia juga mahu bertanya sama ada anda juga berada dalam bahaya, menandakan dia juga bimbangkan keadaan dan keselamatan anda. 

fgnj1634

Itu sebab mengapa kucing ini mengalirkan air mata kerana dia berasa lega akhirnya pemilik dapat kembali dengan selamat ke pangkuannya.

Hebat! Akhirnya pemilik saya masih hidup dan saya juga masih hidup, saya tidak akan kehilangan tuan saya dan tidak mahu berpisah dengannya lagi selepas ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular