Kita tahu sememangnya bukan mudah untuk melayan dan menjaga anak-anak autisme. Mereka lazimnya tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

Jika mereka merajuk biasanya sangat sukar untuk dipujuk dan paling ketara mereka tidak suka disentuh dan sering mengelak untuk bersentuhan secara fizikal.

Memang mencabar berhadapan dengan mereka jadi orang-orang di sekitar mereka perlulah lebih sabar. Contoh terbaik ditunjukkan oleh pemuda di dalam video ini ketika dia berhadapan seorang anak kecil penghidap autisme.

Facebook

Kisahnya bermula apabila kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke kedai gunting rambut untuk dipotong rambutnya. Namun, si kecil itu nampaknya tidak suka disentuh lebih-lebih lagi untuk orang lain memotong rambutnya.

Facebook

Dari dalam kedai hinggalah ke luar kedai, pemuda pemotong rambut itu kelihatan sangat sabar melayannya dan terus berusaha untuk memotong rambut si kecil.

Walaupun si kecil tidak berhenti berjalan, pemuda itu terus mengikuti langkahnya. Sambil menangis anak kecil itu mengatakan dia tidak mahu rambutnya dipotong.

Facebook

 Facebook

Selepas beberapa ketika akhirnya rambut kanak-kanak itu berjaya juga dipotong. Jelas sekali bukan mudah untuk melayan kerenahnya tetapi pemuda itu kelihatan sangat tenang dan sabar.

Nampak comel budak ni, sabar sungguh mereka melayannya:

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular