KUCHING – Untuk merancakkan semula sektor pelancongan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara.

“Kini kami di peringkat mengadakan rundingan dengan Singapura, Brunei, Korea, Jepun, Taiwan dan New Zealand yang dikenal pasti sebagai kawasan Zon Hijau”, katanya.

Beliau turut menerima banyak permintaan daripada pemain industri pelancongan tempatan untuk mempertimbangkan mengenainya agar perniagaan mereka dapat terus bertahan.

Gambar Hiasan/Facebook

Sungguhpun begitu, menurutnya perkara ini perlu diteliti dengan lebih lanjut bersama kementerian lain, misalnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia bagi memastikan bahawa kebenaran itu diberikan untuk membantu meningkatkan sektor pelancongan di negara ini.

Ketika ditanya sama ada gelembung perjalanan zon hijau akan membantu meningkatkan sektor pelancongan, beliau berkata, “Ya, malah bilik di hotel-hotel di Langkawi telah penuh ditempah”.

Foto di Langkawi baru-baru ini/Twitter

“Jadi ia merupakan inisiatif yang bagus khususnya untuk sektor pelancongan”, tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pelancong dari zon hijau yang mengembara ke tempat lain untuk patuh dan amalkan prosedur operasi standard (SOP), terutamanya menjaga jarak fizikal ketika bercuti.

“Kita tidak mahu kes COVID-19 semakin meningkat apabila kerajaan meluluskan gelembung perjalanan zon hijau”.

Ini kerana ia akhirnya akan memberi kesan terhadap ekonomi khususnya sektor pelancongan di negara ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular