Kita sudah sedia maklum betapa ramainya peminat permainan video yang mendambakan Sony Playstation 5. Namun ada juga yang ‘gilakan’ kotaknya juga!

Seorang lelaki dari Singapura bernama Leslie Koh baru-baru ini ada berkongsi kisah di mana dia telah menjual kotak PS5 kosong dengan harga $30 (RM90) di Facebook.

I SOLD AN EMPTY BOX FOR $30!

On Thursday, I was going to my void deck to throw some rubbish when I spotted a pristine…

Posted by Leslie Koh on Saturday, 19 December 2020

Leslie Koh/Facebook

Leslie sebenarnya berniat untuk membuat ‘prank’ semasa Krismas dan bertindak mengambil kotak itu yang dibuang oleh seseorang.

“Untuk suka-suka, saya telah memuat naik foto kotak PS5 itu di dalam Carousell (platform perniagaan yang menjual barangan terpakai dan juga baru)”.

Leslie Koh/Facebook

Leslie kemudiannya terkejut apabila terdapat seseorang yang berminat untuk membeli kotak tersebut. Kotak itu kemudiannya dijual dengan harga yang dinyatakan tadi.

Mungkin individu yang membeli kotak itu daripada Leslie juga mempunyai niat yang sama, iaitu untuk ‘prank’ rakannya pula.

Leslie Koh/Facebook

“Ini yang saya pelajari : Peluang ada di mana-mana, kamu hanya perlu bersedia. Sampah seseorang boleh jadi ‘harta karun’ untuk orang lain. Tidak cuba, belum tahu”, tulisnya.

Sungguh tidak disangka, kotak pun ada yang mahu membelinya. Apa kata kita perhatikan sampah orang lain, mana tahu ada juga kotak PS5 yang dapat kita jual nanti!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular