Satu kemalangan maut dilaporkan berlaku pada 28 Disember lalu, di lebuh raya Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Plaza Tol Machap.

Kemalangan membabitkan sebuah lori dan tujuh kenderaan itu berlaku pada jam 3:40 petang dan mengorbankan tiga individu.

Facebook

Menurut sumber, mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, Wong Fook Onn dan Chong Yoke Choo serta seorang lagi bernama Tan Sow Ngo.

Lapan lagi mangsa mengalami kecederaan, sementara tiga yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Paparan Skrin/Facebook

Info awal saksi mendedahkan bahawa lori terbabit mengalami masalah brek lalu merempuh beberapa kenderaan di persimpangan tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, terdapat 14 mangsa terlibat dalam insiden itu.

“Kemalangan ini melibatkan lapan kenderaan iaitu Hyundai Elantra, Naza Citra, Proton Bezza, Volkswagen Tiguan, Perodua Alza dan tiga buah lori”.

Kesemua mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang ramai manakala pasangan suami isteri itu tersepit dan dikeluarkan oleh anggota bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Paparan Skrin/Facebook

Mayat kemudian diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang serta klinik kesihatan.

“Berdasarkan siasatan awal, kelapan-lapan kenderaan itu menuju ke Machap dari Simpang Renggam”, kata Ketua Polis daerah Kluang, ACP Low Hang Seng.

“Tujuh buah kereta itu berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol sebelum muncul sebuah lori daripada belakang dan merempuh kesemuanya”.

Pemandu lori berusia 27 tahun kini sudah ditahan untuk membantu siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular