Sebelum ini, kita sudah banyak kali disajikan dengan berita gembira penyatuan keluarga yang sudah lama terpisah dan bertemu semula selepas satu-satu kisah kehidupan menjadi tular di internet.

Kali ini, kita sekali lagi dapat menyaksikan sendiri bagaimana seorang lelaki yang sudah 10 tahun hidup sendirian menemui semula keluarganya.

SkyPost

João Coelho Guimarães, 45, sudah 10 tahun terpisah dari keluarganya dan tinggal di jalanan sejak tiga tahun yang lalu. Kisahnya bagaimanapun mula menjadi tular selepas João pada suatu hari telah mendapat khidmat transformasi daripada kedai gunting rambut yang selalu dilawatinya untuk mengutip tin sampah.

Menerusi transformasi itu, João berubah daripada seorang lelaki yang tidak terurus kepada seorang lelaki yang kacak dan kemas. Dan, menerusi transformasi itu juga, João menemui semula ahli keluarganya yang sudah terpisah selama 10 tahun selepas gambarnya mula tular di internet.

SkyPost

SkyPost

Menceritakan tentang detik transformasi João, pemilik kedai gunting rambut itu, Alessandro Lobo, yang bersimpati dengan kehadiran João telah menawarkan makanan kepadanya, tetapi João sebaliknya menolak dan hanya mahukan pisau pencukur sahaja untuk merapikan dirinya.

Mendengar permintaan João, Alessandro dengan serta-merta menawarkan diri untuk mengubah penampilan João dan João dengan senang hatinya menerima penawaran itu.

SkyPost

SkyPost

Pasukan Alessandro mengambil masa selama dua jam untuk merapikan João secara keseluruhannya. Mereka menggunting rambut João, merapikan misai dan janggut João, serta memberikan beberapa persalinan baharu untuk João.

“Hasilnya memang sangat mengharukan,” kata Alessandro mengenai transformasi João.

SkyPost

Daripada seorang lelaki yang tidak terurus, mempunyai rambut yang kusut dan panjang serta misai dan janggut yang panjang, kini João telah berubah menjadi seorang lelaki yang kacak, kemas dan lebih berkeyakinan.

Selepas mendapat kebenaran daripada João, Alessandro memutuskan untuk memuat naik transformasi ini di internet dan selepas kirimannya menjadi tular, kakak kepada João telah menghubungi Alessandro untuk menemui João.

SkyPost

Menurut kakak João, mereka sekeluarga telah terpisah selama 10 tahun dan selama ini ahli keluarganya berfikir bahawa João telah pun meninggal dunia. Tetapi dengan keajaiban yang berlaku, mereka akhirnya telah menemui João melalui kiriman yang dimuat naik oleh Alessandro.

SkyPost

SkyPost

Selepas dipertemukan semula, mereka sekeluarga benar-benar berasa bersyukur dan gembira dengan penyatuan yang tidak disangka-sangka ini.

Bagaimanapun, apabila kakak João menyatakan hasrat untuk membawa João pulang tinggal bersama mereka di rumah, João dengan rendah hatinya telah menolak tawaran itu dan memutuskan untuk terus tinggal di jalanan.

SkyPost

Menurut João, menerusi kehidupan di jalanan, dia telah belajar cara untuk mencintai kehidupan dan dia senang dengan kehidupannya kini.

Walau apa pun keputusan yang diambil oleh João, kami pasti João mempunyai alasannya yang tersendiri dan itulah yang terbaik untuknya. Semoga João akan terus kekal bahagia melayari kehidupan pilihannya ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular