Ramai yang sudah sedia tahu bahawa minda kanak-kanak boleh dianggap seperti span yang begitu mudah untuk ‘menyerap’ apa-apa informasi yang disaksikannya.

Dan untuk seorang kanak-kanak dari China ini, ternyata informasi yang diserapnya sejak bayi lagi adalah amat jelas, iaitu kemahiran untuk menjadi seorang cef.

South China Morning Post/Facebook

Menerusi video yang dikongsikan oleh South China Morning Post di laman Facebook, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dengan spontannya menunjukkan kemahiran menggunakan wok atau kuali dengan gerakan seperti sedang menggoreng makanan di dalamnya.

Dengan menggunakan bangku sebagai gantian untuk dapur serta kuali bersaiz kecil yang lengkap dengan senduk kecil, kanak-kanak ini dengan gembiranya menunjukkan kemahirannya yang luar biasa.

South China Morning Post/Facebook

Sambil memegang hulu kuali, kanak-kanak ini melakukan gerakan seperti sedang menggoreng makanan dengan senduk yang mengacau-ngacau ‘bahan’ di dalam kuali. Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memaparkan kemahirannya dengan menggantung kuali menggunakan senduk sambil berpusing-pusing.

Hebat betul, memang kelihatan seperti cef!

Yang menariknya, berdasarkan perkongsian di dalam video, kanak-kanak ini telah mula menunjukkan minat dalam bidang kulinari sejak dia berumur enam bulan selepas keluarganya mendapati bahawa dia akan menjadi tenang apabila melihat kuali.

South China Morning Post/Facebook

Latar belakang ekonomi keluarganya yang turut memiliki restoran juga mungkin merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemahiran kanak-kanak ini, tetapi apabila anda menyaksikan sendiri kemahiran menggoreng yang dipaparkan, anda mungkin akan berfikir bahawa kanak-kanak ini mungkin telah dilatih sejak kecil lagi!

Menurut ibu kanak-kanak ini, anaknya mempelajari tentang kemahiran untuk menggoreng seperti di restoran secara sendirian. Tiada siapa yang memberi tunjuk ajar kepadanya. Hebat betul!

South China Morning Post/Facebook

Nampaknya, kanak-kanak ini benar-benar belajar daripada apa yang dilihatnya sahaja dan dengan serta-merta mengaplikasikannya!

Memang nampak mahir betul setiap gerakannya itu. Diharapkan, anak kecil ini akan terus belajar dan boleh membantu keluarganya pula di restoran keluarga mereka!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular