Kata orang kanak-kanak itu memang jujur, kalau mereka tidak suka mereka akan terus menunjukkan perasaan tidak suka.
Dan jika ada sesuatu yang tidak berkenan atau sesuatu yang pelik di mata mereka, mereka tidak segan untuk bertanya. Malah, terkadang kejujuran mereka boleh buatkan orang di sekitar pening melayannya.
Itulah yang berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki menolak pemberian beg diberikan kepadanya.

Bayangkan di atas pentas, selepas namanya dipanggil dan dia naik ke atas pentas, kemudian melihat beg sekolah dengan gambar Frozen tersebut terus membuatkan ‘mood’ nya hilang barangkali.

Walaupun dipujuk dia kelihatannya masih berkeras untuk menerima beg tersebut mungkin kerana tidak suka dengan watak Anna dan Elsa dalam Frozen sedangkan dia seorang kanak-kanak lelaki!
Mungkin ketika itu dia merasakan tidak ‘macho’ membawa beg kanak-kanak perempuan sedangkan dia lebih sesuai dengan watak adiwira lelaki seperti Captain America atau mungkin Iron Man.

Telatah lucunya telah buatkan ramai yang tersenyum. Jelas sekali dia memang tidak suka dengan hadiah yang diberikan dan dia dengan jujurnya menunjukkan apa yang dirasakan itu di hadapan orang ramai.

Isu tersebut walau bagaimanapun selesai apabila dia mendapatkan beg lain selepas turun daripada pentas. Sekarang mungkin dia sedang gembira kerana mendapatkan beg dengan gambar yang dia mahukan.
Telatahnya yang “taknak” itu memang buatkan orang pening sebentar dan tertawa:
Maybe you're interested :
- Caltex Bachang ambil seorang gelandangan bekerja, dapatkan bilik sewa sambil mohon sumbangan sementara untuk membantunya membayar sewa
- “Tidak semua orang duduk di rumah mewah,” Pemuda ini dedah mengapa ramai yang tidak bersetuju PKP 2.0 dilaksana
- Parti Komunis China ambil organ daripada tahanan Muslim dalam kempen pembunuhan beramai-ramai