Buat penggemar makanan berasaskan kentang, apa kata anda mencuba hidangan ini di musim cuti hujung minggu begini, nikmati hidangan kentang yang bersalut keju bersama keluarga di rumah.
Jom tukar selera dengan ikuti resipi ‘Baked Potato Cheese’ hasil perkongsian Fainda Farahin Fainda Farahin di Facebook.
Resipi Baked Potato Cheese.
Bahan-bahan:
- 4 biji kentang
- Bawang merah (dipotong dadu)
- Isi ayam (dicincang)
- Garam
- Sos cili
- Lada sulah
- Keju keping
Fainda Farahin Fainda Farahin | Facebook
Cara penyediaan:
1. Basuh kentang. Potong menjadi dua. Rebuskan sehingga empuk.
Fainda Farahin Fainda Farahin | Facebook
2. Angkat dan keluarkan isi kentang ke dalam bekas.
Fainda Farahin Fainda Farahin | Facebook
3. Tumis bawang merah dan seulas bawang putih sehingga naik bau.
Fainda Farahin Fainda Farahin | Facebook
4. Kemudian, masukkan isi ayam. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
Fainda Farahin Fainda Farahin | Facebook
5. Seterusnya, campurkan isi ayam ke dalam kentang yang telah dilenyek.
Fainda Farahin Fainda Farahin | Facebook
6. Sumbat isi kentang ke dalam kulit kentang. Kemudian, susun atas loyang.
Fainda Farahin Fainda Farahin | Facebook
7. Letakkan sekeping keju keping. Kemudian, bakar pada suhu 200°C selama 10 minit.
Fainda Farahin Fainda Farahin | Facebook
Sudah siap ‘Baked Potato Cheese’. Hias mengikut cita rasa anda dan sedia untuk dimakan semasa keju masih mencair di mulut.
Fainda Farahin Fainda Farahin | Facebook
Selamat mencuba!
Maybe you're interested :
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”
- Tesco gantung produk pembekal dari China ekoran dakwaan buruh paksa
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan