Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengklasifikasikan ruang udara Nashville sebagai “Ruang Udara Pertahanan Nasional” dalam sekatan penerbangan sementara dan menegaskan bahawa pihak kerajaan boleh mengenakan tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan.

FAA juga boleh mengambil tindakan pentadbiran, termasuk hukuman sivil dan penggantungan sijil kapal terbang, dan kerajaan persekutuan boleh mengenakan tuduhan jenayah terhadap juruterbang yang melanggar sekatan tersebut.

Manakala untuk kes yang keterlaluan, tindakan yang lebih tegas juga boleh dikenakan.

Serpihan kesan letupan bertebaran di atas jalan berhampiran lokasi letupan di Nashville pada 25 Disember 2020. (Elliott Anderson/Tennessean.com/USA Today via Reuters)

“Kerajaan Amerika Syarikat boleh mengenakan tindakan yang tegas terhadap pesawat udara, jika pesawat itu menimbulkan ancaman keamanan serta-merta,” menurut petikan Notis kepada Airmen (NOTAM) yang dikeluarkan pada Jumaat lalu.

Amaran ini berkuat kuasa sehingga 30 Disember.

Amaran: Kandungan video ini mungkin tidak sesuai untuk semua penonton.

Terdahulu, sebuah kenderaan rekreasi dilaporkan meletup sekitar jam 6:30 pagi pada hari Jumaat di pusat bandar Nashville, Tennessee. Letupan itu telah menggegarkan jalan-jalan yang sepi di kawasan itu pada awal pagi hari Krismas, menghancurkan tingkap, merosakkan bangunan, dan mencederakan tiga orang mangsa. Pihak berkuasa percaya bahawa letupan itu adalah disengajakan.

Pihak polis pada hari Jumaat mengatakan bahawa mereka juga menemui sesuatu yang dipercayai adalah mayat manusia di lokasi letupan.

Jabatan Polis Metro Nashville kemudiannya mengeluarkan gambar suspek letupan kenderaan tersebut dan orang ramai yang pernah melihat kenderaan itu atau mempunyai maklumat mengenainya digesa untuk menghubungi Jabatan Sekatan Jenayah Polis Metro Nashville dengan menghubungi talian 615-742-7463 atau memberikan maklumat kepada FBI Memphis melalui laman web mereka.

Imej yang dirakam dari kamera litar tertutup oleh Jabatan Polis Metro Nashville menunjukkan kenderaan rekreasi yang terlibat dalam letupan di Nashville pada 25 Disember 2020. (Metro Nashville Police Department via Getty Images)

Letupan yang berlaku di pintu belakang bangunan AT&T, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat juga menerima impak yang besar akibat insiden itu. Selepas letupan berlaku, bangunan syarikat tersebut dilaporkan mengalami kerosakan yang teruk dan mengakibatkan gangguan komunikasi yang meluas di kawasan pusat bandar Nashville.

Kerosakan yang berlaku di ibu pejabat AT&T tersebut dalam masa yang sama turut memberi kesan kepada sistem kecemasan polis di Tennessee, Kentucky, dan Alabama, serta talian hangat komuniti COVID-19 Nashville dan segelintir sistem hospital. Hal ini adalah kerana bangunan itu mengandungi telefon pertukaran, dengan peralatan jaringan di dalamnya – tetapi syarikat itu menolak untuk memberi maklumat tentang jumlah pengguna yang terkesan.

Terry Wyatt/Getty Images

Selain itu, penerbangan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville (BNA) juga terpaksa dihentikan buat sementara pada hari Jumaat oleh FAA kerana masalah telekomunikasi yang berlaku. Jadual penerbangan pada lewat petang Jumaat juga terpaksa ditangguhkan.

Susulan letupan yang berlaku, pihak AT&T mengatakan bahawa syarikat itu telah bekerjasama dengan keselamatan dan jurutera struktur untuk memulihkan bekalan kuasa ke peralatan yang menjadi tumpuan mereka.

“Mereka telah membuat lubang masuk ke dalam bangunan dan berusaha untuk menyambungkan semula kuasa ke peralatan kritikal,” kata syarikat itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular