Memelihara haiwan peliharaan di rumah bukanlah sesuatu yang pelik dilakukan bahkan ramai antara kita yang memiliki haiwan kesayangan di rumah.

Tidak kiralah apa pun sebabnya apa yang penting haiwan mereka dijaga dengan baik lagipun tidaklah sesukar mana untuk menjaga haiwan seperti kucing, anjing, atau arnab mahupun hamster. Namun, bagaimana pula dengan kura-kura?

Memang tidak pelik jika ada yang memelihara kura-kura tetapi bayangkan kalau kura-kura tersebut sangat besar? Percaya atau tidak sebenarnya lelaki di dalam gambar di bawah ini ada memelihara seekor kura-kura ‘gergasi’ yang sangat besar.

Twitter

Seorang pengguna Twitter, @AbangCJ telah memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki sedang membawa kura-kuranya bersiar-siar di kawasan perumahannya. Kura-kura tersebut kelihatan diikat dengan seutas tali sambil berjalan bersama dengan tuannya.

Twitter

Apa yang menariknya, kita semua sudah maklum bahawa kura-kura memang berjalan lambat tetapi lelaki tersebut nampaknya sangat sabar melayan kura-kuranya.

Jelas di situ dia sangat sayang akan haiwan kesayangannya dan tidak kisah untuk menemaninya berjalan walaupun di bawah terik matahari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular