PETALING JAYA- Tiga orang anggota pasukan Ustaz Ebit Lew dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal pagi Sabtu, 26 Disember.

Mereka yang terlibat dikatakan sedang berada dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan kerja-kerja membantu sebuah keluarga yang tiada tempat tinggal di Pulau Pinang. Kemalangan tersebut berlaku di plaza tol Duta menuju ke Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Menurut Ustaz Ebit, kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta Toyota Estima yang dinaiki oleh ahli pasukannya cuba mengelak daripada kenderaan lain yang membuat pusingan U secara tiba-tiba.

“Kenderaan yang ditumpangi oleh pasukan media saya cuba mengelak kereta tersebut menyebabkan melanggar pembahagi tengah jalan. Tiga orang dalam MPV itu dikejarkan ke Hospital Gleneagles,” tulis pendakwah itu lagi.

Ustaz Ebit juga meminta orang ramai untuk mendoakan supaya mereka semua berada dalalm keadaan selamat.

Ustaz Ebit dan pasukannya dikatakan telah selesai dengan misi membantu sebuah keluarga yang kehilangan tempat tinggal di Pulau Pinang.

Keluarga tersebut terpaksa tinggal di dalam kereta mereka selama lapan bulan setelah rumah mereka terbakar pada  6 April lalu.

Ustaz Ebit mengatakan bahawa dia tidak dapat menahan air matanya ketika bertemu dengan Ganesh, 34, isterinya Parameswary, 32, dan tiga anak perempuan pasangan itu, yang berusia antara lapan bulan hingga enam tahun.

Dalam catatan Facebooknya, Ustaz Ebit mengatakan bahawa dia sedih ketika membaca kisah Ganesh pada hari Khamis lalu.


Ustaz Ebit turut membantu keluarga dengan menyewa sebuah rumah dengan tiga buah bilik tidur. Beliau akan membayar sewa rumah tersebut buat sementara mereka mendapatkan rumah PPRT tetapi jika mereka masih mahu tinggal di situ beliau tidak keberatan untuk terus membayar sewanya.


Selain itu, Ustaz Ebit juga turut menghadiahkan mereka beberapa kelengkapan rumah seperti peti ais, mesin basuh, TV, periuk nasi, dapur, kipas, katil, barang keperluan dapur dan beliau juga memberikan sejumah wang tunai untuk dibuat belanja.

“Tak henti Gannesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka bertanya mengapa saya memberikan begitu banyak barang kepada mereka. Mereka sangat suka melihat rumah baru. Cantik dan selesa. Gembira melihat senyuman anak-anak comel,” tulisnya lagi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular